Header Ads

ads header

Flash News

Dulu Anwar bermatian nafi Langkah Kajang, PAS jawab komplot terhadap Dr M


PETALING JAYA: PAS menepis penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan ada komplot untuk menggulingkan perdana menteri, mengatakan perancangan seperti itu dan penafiannya perkara biasa dengan presiden PKR itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali mengingatkan Anwar juga menafikan rancangan untuk menurunkan Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014, langkah yang menyaksikan satu pilihan raya kecil, pergeseran dengan Istana Selangor, pemecatan exco kerajaan negeri, penyingkiran Khalid dan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sama seperti Langkah Kajang dulu, bermatian Anwar menafikan ia adalah langkah untuk meletakkan beliau sebagai menteri besar,” katanya kepada FMT, menjawab penafikan Anwar semalam.

Semalam, perdana menteri menanti itu berkata dia tidak menyangka PAS menuduh ada komplot untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan parti Islam itu menggunakan taktik kotor selepas gagal memenangi hati rakyat.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa 2 parti komponen Pakatan Harapan mungkin merancang menyingkir Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa PAS berikrar menyokong Dr Mahathir dalam satu pertemuan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Hanya dengan berkomplot terhadap Dr Mahathir sahaja caranya untuk beliau mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri,” kata Khairuddin.

Anwar merupakan pilihan pertama Pakatan Harapan untuk menjadi perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-14.

Media difahamkan Anwar akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Dr Mahathir selepas satu tempoh tertentu.


MR :  Anwar dengan Mahathir sama-sama ular

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan