Header Ads

ads header

Flash News

Anwar Si Hero Filem Tamil


Apabila melihat gelagat Anwar Ibrahim yang kepanasan kebelakangan ini, amatlah layak kita calonkan dia Anugerah Hero Paling Popular Filem Tamil. Tambahan pula dia sememangnya berbakat menyanyi dan berjoget di atas pentas.

Percakapannya berbelit-belit dan berpusing-pusing. Dia pun kini menjadi jurucakap kepada Sarawak Report atau sebenarnya dia pun bersekongkol dengan Clare Rewcastle Brown dalam memfitnah PAS?

Dalam ceramah Anwar malam tadi, dia mendakwa;
a) PAS bukan dapat duit 1 MDB tetapi duit UMNO
b) Duit 1 MDB bukan dibayar kepada PAS tetapi bekas pemimpin PAS
c) Anwar dakwa PAS isytihar menang kes saman Sarawak Report
d) Anwar ada bukti tetapi tak mahu dedah

Hebat bukan lakonan hero filem memperdaya pendengar pidato berapinya itu?

Sewajarnya, Anwar hadir ke Ibu Pejabat SPRM yang beralamat Ibu Pejabat SPRM No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya bagi menyerahkan segala bukti kononnya PAS dapat duit UMNO. Jangan sembang sahaja, kereta pun boleh terbang apabila dengar temberang Anwar.



Anwar baca kenyataan siapa yang kata PAS isytihar menang saman Sarawak Report tu? Cuba semak kembali kenyataan terkini Setiausaha Politik Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS, tidak ada pula dinyatakan PAS menang saman. Yang ada disebut ialah kes tersebut diselesaikan secara luar mahkamah atas persetujuan kedua-belah pihak dengan terma yang dirahsiakan.

Mengapa Anwar tak mahu dedah terus bukti dokumen transaksi bank itu? Dia sekadar temberang sahaja bagi menggertak PAS supaya duduk diam dan senyap.

Bersungguh Anwar menyerang PAS dalam kempen PRK DUN Semenyih, PAS bertanding ke di situ? Kenapa dalam ceramah tu tak perjelaskan mengenai kegagalan Kerajaan Harapan Palsu memerintah? Pengundi Semenyih mahu dengar apa penyelesaian kepada masalah kos sara hidup mereka yang kian meningkat sejak PH menjadi Kerajaan.

Dalam ceramahnya semalam, berulang kali dia sebut, nama saya Anwar Ibrahim. Tak perlu sebut pun orang ingat dan kenal siapa Anwar? Anwar Insan Soleh Yang Tidak Pernah Berbohong. Kerajaan 16 September tajaan Anwar yang gagal itu masih kekal terpahat dalam memori. Langkah Kajang yang kejang tajaan Anwar itu pun tidak pernah terpadam dalam ingatan.

Syed Ahmad Fadhli


MR :  Politik terdesak... Kemaruk nak naik PM


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Wahai rakyat Malaysia.Minta tolong semua.tolong ya.Tolong percayalaqh PAs terima duit 90 juta. Dah letih mulut ni menjaja ke sana sini bahawa PAs terima 90 juta. Tolong percaya.Jangan tak percaya. Jom pakat-pakat tambah dosa free.Lubang kubur kata mari,rumah kata pergi..maka kita kena pakat-pakat kata dan percaya PAS terima 90 juta.

    BalasPadam