Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah tolak injunksi Husam dengan kos RM20,000.00


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Naib Presiden Amanah Husam Musa untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi memperoleh injunksi interlokutori berkaitan akses bangunan Wisma Tok Guru, sementara menunggu penyelesaian dua tuntutan mahkamah.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Ramly Ali, Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Rohana Yusuf menolak permohonan itu dengan kos sebanyak RM20,000.

Husam memohon mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengenepikan usahanya untuk mendapatkan injunksi interlokutori bagi menghalang mana-mana pihak daripada mengakses bangunan Wisma Tok Guru di Kota Bahru, Kelantan, sehingga status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan oleh mahkamah.

Beliau memohon perintah injuksi itu sementara menunggu dua kes di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
 
 
Isu perebutan tanah itu bermula selepas tanah tersebut, yang asalnya dimiliki bekas adun Salor, Allahyarham Ahmad Rosli Ibrahim yang menamakan isterinya sebagai pemilik, dijual kepada Mohd Yasin yang juga setiausaha kerja PAS Kelantan, dengan harga RM700,000.

Husam yang merupakan bekas adun Salor mendakwa telah mendapat kebenaran daripada pemilik asal tanah berkenaan untuk digunakan sebagai pusat khidmatnya.

Beliau memfailkan saman pemula terhadap PAS, memohon pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak untuk menduduki tanah itu selepas pemindahan pemilikan.

Mohd Yasin juga memfailkan saman terhadap Husam memerintahkannya untuk mengosongkan premis itu.

Pasukan peguam yang diketuai oleh Gopal Sri Ram yang mewakili Husam manakala Mohd Yasin diwakili pasukan peguam diketuai Tun Salleh Abbas.

-Bernama



MR :  Husam korbankan duit demi nak memang politik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Apabila lari dari politik islam,maka buatlh apapun tnpa ada prtimbangan dosa.Giatkn fitnah asalkn puas hati.Moga Allah beri hidayah dan keampunan kpd Husam Musa.Moga anaknya tidak lg terlibat dgn pil kuda

    BalasPadam
  2. Laaa.. Mohd yasin dah beli pun.. Husam takde rasa malu ke?

    BalasPadam