Header Ads

ads header

Flash News

Audio Anwar tak puas hati dengan Mahathir dan Azmin tersebar


Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan rakaman video panggilan telefon yang tersebar di media sosial adalah suara milik presiden parti itu, Anwar Ibrahim yang kononnya kecewa dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan tahu tentang perancangan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di dalam akaun Twitter mahazalimreturn jam 11.33 malam semalam, Anwar kononnya mengarahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melakukan sesuatu berhubung tindakan dua pemimpin berkenaan.

“Ini bukan suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nahu dan cara sebutan terutama beberapa perkataan terlalu berbeza dan ucapan terlalu gopoh,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia hari ini.

Dalam video berdurasi satu minit itu, selain nama Rafizi, Anwar juga dikatakan bercakap dengan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Afdal dan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Berikut antara petikan intipati perbualan itu.



“Shafie bagi tahu kita, apa yang mahathir lakukan di Sabah, bagi advantage kepada kita. Shafie confirm solid dengan kita.

“Baru ini saya bercakap dengan Muhyiddin (dipercayai Muhyidin Yassin) juga, saya beritahu beliau ini buat cara tak betul, Mahathir buat cara tak betul, kita kena susun rangkaian kita.

“Azmin sah, saya cakap dengan awak, sekarang ini 22 Parlimen dengan dia kita kena ambil balik. Kalau kita tak ambil, saya cakap pada awak kita payah nak buat kerja,” kata suara itu.

Hubungan Anwar-Mahathir menjadi tumpuan susulan pendedahan PAS bahawa terdapat dua parti dalam Pakatan Harapan yang mungkin merancang pembelotan terhadap perdana menteri.

Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan Dr Mahathir berkata, parti itu akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan PH.

MR :  Kononnya nak bongkar maklumat PAS, kan kena sebijik rahsia dlm kain engkau terburai


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. SOP nya sekarang adalah yang kena tuduh MESTI MEMBAWA BUKTI bahawa itu bukanlah dia. Atau dia MESTI MENYAMAN yang menuduh.

    BalasPadam