Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu Setuju Masuk Sabah, Kata Mahathir


KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas ahli UMNO Sabah menyertainya.

Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas ahli UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu Pakatan Harapan (PH).

“Mereka ini tidak memilih untuk menyertai Warisan dan mahu menyertai Bersatu. Bagaimanapun tapisan ketat akan dikenakan untuk mereka yang akan menyertai Bersatu.

“Tiga syarat yang kita letak ialah mereka mesti keluar UMNO, menjadi (wakil rakyat) bebas untuk sekian lama dan barulah kita sedia untuk terima tetapi dengan pemilihan yang ketat, bukan secara berkumpulan tetapi individu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu di sini.

Mahathir berkata, penubuhan Bersatu Sabah akan dibuat secepat mungkin dan parti akan membuat keputusan mengenai pemimpinnya kemudian. – BERNAMA

MR :  Mahathir akan cuba menguasai apa sahaja demi mengukuh kedudukan BERSATU dan mengelak acaman PKR


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan