Header Ads

ads header

Flash News

Lakonan Menteri menangis cuba perbodohkan pesawah dan petani


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub diminta agar tidak memperbodoh-bodohkan golongan pesawah apabila menangis teresak-esak di hadapan orang ramai dalam satu majlis di Selangor, semalam, sedangkan tiada tindakan khusus dilakukan pihak kerajaan setakat ini bagi membantu golongan berkenaan.

Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman menggesa supaya Salahuddin menghentikan segera ‘lakonan’ tersebut yang disifatkan cuba meraih publisiti, kerana golongan petani dan pesawah bukanlah mudah untuk dipermain-mainkan seperti itu.

Menurut beliau, sehingga kini, bukan sahaja pelbagai insentif terhadap golongan berkenaan disekat malah isu pemberian subsidi baja pun gagal diselesaikan pihak kementerian.

“Sepatutnya Menteri (Salahuddin) dianugerahkan ‘pelakon’ terbaik dan bukannya pembela golongan petani. Lebih baik panggil pegawai-pegawai di seluruh negara untuk melihat Menteri berlakon.

“Adakah ini ‘lakonan’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih tidak lama lagi? Sebelum ni pemimpin-pemimpin Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) buat surat hendak jumpa (Menteri) pun tidak berjawab.

“Kalau setakat ‘menangis’ sahaja, tiada apa yang dapat diselesaikan melainkan untuk mendapatkan undi. Ingatlah bahawa kamu (Menteri) ada kuasa untuk menentikan nasib petani dan pesawah,” katanya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas gambar Salahuddin yang menangis teresak-esak ketika membacakan sekeping surat luahan hati daripada seorang pesawah di atas pentas dalam Majlis Pelancaran Hala Tuju kementerian itu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, semalam.

Dengan iringan bunyi seruling yang meruntun hati, Salahuddin menangis setelah membaca beberapa baris pertama surat tersebut yang antara lain menegur kementeriannya yang dianggap melupakan kebajikan para petani, pesawah, peneroka dan nelayan di negara ini.

Perbuatan Salahuddin itu walau bagaimanapun dibidas pelbagai pihak kerana dikatakan cuba meraih publisiti ekoran masih ramai golongan petani, pesawah dan penoreh getah yang dihimpit kesusahan ekoran pelbagai bantuan dan insentif disekat.

Perkara itu dibuktikan apabila hampir setiap hari akhbar Utusan Malaysia melaporkan nasib golongan berkenaan yang kebanyakannya terpaksa hidup ala kadar dan di bawah garis kemiskinan, disebabkan pendapatan hasil pertanian yang merosot manakala kos input pertanian pula terus meningkat. – UTUSAN ONLINE

MR :  Semuanya nak kencing...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: