Header Ads

ads header

Flash News

Dalam kaedah politik, Hadi restu saya nafi rakaman audio kata nik Abdul


Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat selepas pimpinan PAS berkeras agar beliau berbuat demikian.

Nik Abduh juga berkata keputusan untuk menafikan rakaman audio yang tular sekitar Mac tahun lalu itu mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya menafikannya.

"Sengit juga saya enggan dan menolak, tetapi mereka berkeras meminta saya menafikannya. Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka.

"Saat itu, bahang PRU14 semakin terasa. Pakatan Harapan (PH) sedang bermaharajalela menyerang PAS dengan pelbagai fitnah sesudah mereka kehilangan punca untuk mencari kecacatan dan kesalahan PAS.

"PH hanya mampu bersenjatakan fitnah, senjata yang terlarang di dalam Islam dan PAS.

"Dalam kesukaran, saya memohon jawaban daripada tuan guru Presiden PAS. Segera Presiden PAS merestukan keputusan agar saya segera menafikannya. Saya akur dan gembira menerima mandat," katanya.

Untuk rekod, Nik Abduh sebelum ini menafikan rakaman audio yang didakwa mengandungi pengakuan penerimaan dana dari Umno itu, dengan beberapa pimpinan PAS turut mendakwa ia bukan suara Nik Abduh.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan semalam mengesahkan rakaman audio itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.


MR :  Yang ada dalam PAS yang serang Nik Abdul bodoh memahami fekah politik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Mudarat besar dan mudarat kecil. Jika nafi hanya Nik Abdul sahaja bersalah dengan menyelamatkan parti drp fitnah terutama hampir PRU. Malangnya yang sebar audio ini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak faham Islam dalam siasah politik... betul lurus

      Padam