Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PAS dakwa dana DAP disahkan badan asing


Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis besar-besaran terhadap DAP bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa parti itu menerima dana RM300 juta daripada negara asing, termasuk Israel.

Naib ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan, Ubaid Abd Akla berkata laporan polis itu difailkan memandangkan tiada tindakan susulan diambil pihak berkuasa selepas dakwaan itu dibuat tiga individu sebelum ini.

Katanya lagi, laporan polis itu juga dibuat berdasarkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam di Terengganu, supaya pihak berkuasa melakukan tindakan susulan berhubung pendedahan tersebut.

"Semalam tuan guru presiden sebut DAP pun terima dana ni, jadi kenapa tak siasat DAP? Dan DAP terima ni dana luar. Dan PAS ni belum tentu lagi (terima dana RM90 juta).

"Ini (dana DAP) dah disahkan lagi International Republican Institute (IRI) secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi hari ini.

Dalam pada itu beliau juga menafikan laporan polis itu dibuat bagi mengalihkan perhatian mengenai isu rakaman audio anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui PAS menerima dana daripada Umno.

Ini selepas pimpinan PAS baru-baru ini mengesahkan suara dalam rakaman audio berkenaan adalah suara Nik Abduh.

"Itu saya rasa isu lain (rakaman audio Nik Abduh). Ini rentetan daripada semalam (kenyataan Hadi mengenai dana DAP)," katanya.

MR :  Agaknya bila SPRM nak buka fail?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan