Header Ads

ads header

Flash News

Husam, Nasharuddin juga dipanggil SPRM kes dana RM90 juta


SHAH ALAM, 8 Feb — Datuk Husam Musa dan Datuk Nasharuddin Mat Isa hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana RM90 juta daripada Umno.

Senator Pakatan Harapan itu dan bekas timbalan presiden PAS akan memberi keterangan berhubung dana itu, yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Berita Harian.

Namun difahamkan Husam, yang juga ahli Dewan Negara, dan Nasharuddin bakal berbuat demikian di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Mereka antara empat pemimpin yang bakal menyertai ahli jawatankuasa PAS Nik Abduh Nik Aziz untuk merakamkan percakapan kepada suruhanjaya itu di Kota Bharu.

Isu itu berbangkit semula apabila baru-baru ini PAS tiba-tiba membatalkan saman terhadap Sarawak Report, sebuah portal di London, yang mendedahkan dakwaan tersebut pada 2016.

Isu yang berbangkit dalam kes tersebut termasuklah rakaman audio yang dikatakan suara Nik Abduh, anak bekas menteri besar Kelantan.

April tahun lalu, bekas ketua Pemuda PAS itu menafikan rakaman itu suaranya tetapi enggan membuat aduan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

Husam antara bekas pemimpin PAS yang banyak membuat dakwaan isu ini, sementara Nasharuddin pula pernah dituduh berbuat demikian oleh PKR. Namun Nasharuddin menafikannya.

MR :  Bijak Hadi, stop pembicaraan di London dengan SR, kini bukan di Malaysia... Medan tempur lebih menjimatkan... Kita lihat siapa yang kena. Panggil Mat Sabu sekali dia kata dia ada bukti


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Berhempas pulas dan tk lena tido mlm utk menghancurkn Pas.Fitnah ok tk dosa.Masa dlm Pasdulu jer kena beringat dgn dosa.Apa heranbossku#

    BalasPadam