Header Ads

ads header

Flash News

Isu integriti dan ketelusan


DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia tertarik dengan beberapa laporan mengenai kesahihan latar belakang pendidikan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya, yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar Negeri.

Bagi pihak kami, isunya bukanlah sama ada beliau perlu mendapatkan pendidikan tinggi atau pun tidak. Isunya adalah mengenai ketelusan dan integriti seseorang pemimpin. Jika beliau dari awal menyatakan perkara yang sebenarnya, maka rakyat tak perlu menyiasat perkara ini sehingga ke lubang cacing, yang akhirnya terbongkar fakta-fakta sebenarnya. Yang malu adalah empunya badan sendiri dan parti mereka.

Dari sudut lain, bagaimanakah integriti seseorang pemimpin dinilai apabila beliau mendapatkan sijil pendidikan dari sebuah institusi yang sebenarnya tidak diiktiraf oleh negara tersebut.

Malah, laman sesewang website universiti tersebut amat meragukan dengan gambar-gambar dan nama-nama profesor yang tidak padan. Laporan dari portal berita menyatakan bahawa gambar-gambar tersebut adalah dari laman mencari jodoh.

Amat malang apabila anak-anak muda yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan sijil pendidikan tinggi sehingga terpaksa berhutang dengan PTPTN, tetapi pemimpin sebelah sana hanya membayar sejumlah kecil wang dan mendapat sijil luar negara yang tidak sah.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga berasa jelik apabila Tariq Ismail dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, daripada PPBM, memandang remeh tentang perkara ini dengan mengeluarkan kenyataan bahawa “at least he did not rape or steal”, berdasarkan laporan STAR online. Kenyataan ini menyinggung perasan seluruh anak muda yang bersengkang mata mendapatkan pendidikan tinggi terbaik untuk mereka.

Seharusnya, mereka meminta maaf daripada rakyat kerana tidak bercakap benar dari awal, bukannya mengeluarkan kenyataan yang sombong, terutama sekali dari lidah pimpinan utama kerajaan hari ini, Pakatan Harapan.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN

Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
7 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 7/2/2019





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan