Header Ads

ads header

Flash News

Ijazah Sarjana ADUN Tronoh tidak diiktiraf MQA


Ketika ada dalam kalangan kepemimpinan DAP lantang mengkritik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang didakwa menggunakan kelayakan akademik ‘palsu’, tanpa disedari salah seorang wakil rakyat DAP juga terpalit dengan isu serupa.

Perkara itu dibangkitkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Akamai, Amerika Syarikat yang diragui.

“Para pemimpin DAP perlu melihat diri mereka dengan cermin agar kontroversi yang melibatkan pemimpin parti lain tidak timbul dalam partinya sendiri.

“Hal ini kerana, saya ingin ingatkan kepada mereka (pemimpin DAP) untuk meneliti kredibiliti kelulusan pendidikan wakil rakyat dari partinya, Choo Kiong yang kononnya mempunyai ijazah sarjana bagaimanapun institusinya tidak mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Ka Siong menambah, veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum ini pernah melabelkan universiti berkenaan sebagai institusi diragui semasa sidang parlimen pada tahun 2005. – UTUSAN ONLINE

MR :  Kalau semak satu persatu, rasa banyak juga kena kencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan