Header Ads

ads header

Flash News

Isu veteran ATM akan dibincang 18 Feb ini


Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) dijadualkan bermesyuarat pada 28 Feb ini bagi membincangkan isu-isu berkaitan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk tentang meringankan beban sara hidup mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mej Jen Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata antara yang dijangka menghadiri mesyuarat itu ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu selaku Pengerusi MVK serta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang juga Presiden Persatuan Veteran ATM.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan semalam bagi mengulas laporan berita bertajuk ‘Pesara Terkilan Tiada Bantuan RM1,200 Seperti Zaman BN’ yang disiarkan sebuah portal berita.

Beliau berkata Bantuan Bakti Negara (BBN) merupakan bantuan tahunan yang diperkenalkan pada 2016 berjumlah RM1,000 kepada veteran ATM yang tidak berpencen bagi mengurangkan beban kewangan mereka dan jumlah itu ditingkatkan kepada RM1,200 pada 2017.

Dzulkarnain berkata Kementerian Kewangan tidak memperuntukkan dana bagi pembayaran BBN yang dilaksanakan pada 2016 dan 2017, sebaliknya peruntukan bagi BBN sebelum ini yang berjumlah RM53 juta itu adalah hasil penjualan tanah kem ATM yang pada asalnya bertujuan menaik taraf kem sedia ada.

Tindakan itu mengakibatkan program menaik taraf kem-kem ATM sedia ada ditangguh dan justeru itu, bagi 2018 dan 2019, keutamaan diberikan kepada program-program menaik taraf kem ATM sedia ada yang tertangguh, katanya.

Difahamkan, terdapat lebih 40,000 pesara tentera tidak berpencen di seluruh negara menerima BBN sebelum ini.

Semalam, portal berita itu melaporkan pesara tidak berpencen meluahkan rasa terkilan susulan tiada lagi skim BBN sebanyak RM1,200 setahun yang sebelum ini bayaran dibuat menjelang akhir tahun.

-- Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan