Header Ads

ads header

Flash News

Kekalahan PH Di PRK Semenyih Adalah Kekalahan PH Pada PRU15 Nanti


Kegusaran orang melayu terhadap hak-hak mereka yg tersenarai dalam Perlembagaan Malaysia telah dizahirkan dengan perhimpunan anti-ICERD yg menghimpun lebih sejuta umat melayu di Kuala Lumpur. Perpaduan melayu dizahirkan lagi dengan kemenangan BN di PRK Cameron Highland apabila UMNO dan PAS sudah mula bekerjasama dengan lebih baik. Kepada mereka yg pernah mengkaji tingkah laku orang melayu, walaupun mereka lemah lembut tapi apabila mereka nekad untuk menentang sesuatu maka gelombang kebangkitan melayu amat sukar untuk dibendung. Hal ini telah disedari oleh Tun M maka beberapa tindakan segera telah diambil oleh Tun M bagi mengendurkan gelombang perpaduan dan kebangkitan melayu ini.

2. Tindakan awal Tun M bg mengendurkan kebangkitan melayu adalah dgn menubuhkan MTEN yg kononnya untuk mengatasi masalah kos sara hidup dan sebagainya. Kenapa baru tubuh sekarang padahal masalah ini kerajaan PH sendiri yg cipta. Ini menunjukkan bahawa PH sedar tanpa membuat sesuatu gelombang kebangkitan melayu amat sukar utk dibendung nanti.

3. Menerima kemasukan MP UMNO seramai 7 orang adalah sebagai persediaan sekiranya Anwar memberontak dgn menarik keluar beberapa orang pengikutnya dr PH. Tun M sebenarnya sudah tahu hanya berapa orang sahaja yg akan mengikut Anwar jika beliau bertindak keluar dr PH. Dengan kemasukan MP UMNO ini ke dalam PPBM maka kedudukan PPBM makin kukuh dan Tun M masih mampu utk bertahan sbg PM lagi untuk beberapa masa lagi.

4. Berbalik semula kepada isu pokok iaitu kenapa PH perlu menang dalam PRK Semenyih nanti. Sekiranya PH menang di PRK Semenyih maka PH melalui cybertrooper mereka boleh memainkan persepsi dgn mengatakan bahawa orang melayu masih menyokong PH. Persepsi ini akan diulang-ulang sehingga PRU15 nanti. Mereka sedar jika 25% sahaja melayu yg sokong PH mereka sudah kalah jika UMNO dan PAS bekerjasama apatah lagi jika 25% melayu yg sokong PH ini makin menyusut. Tun M sedar bahawa sokongan melayu kpd PH makin menyusut setiap hari. Orang melayu berbondong-bondong memohon maaf kepada Najib. Ini dibuktikan lagi setiap kali online poll, PH kalah teruk.

5. Sebenarnya dlm tempoh 9 bulan PH memerintah ini, orang melayu mula sedar bahawa mereka telah tersalah undi. Kesilapan ini orang melayu terpaksa bayar dengan harga yang sangat mahal. Ramai orang melayu dibuang kerja dari sektor awam dan swasta. Aset-aset orang melayu/bumiputera dr Tabung Haji dan Felda sedang sibuk dijual oleh Kementerian Kewangan yg diketuai oleh Lim Guan Eng dengan alasan mengurangkan liabiliti kerajaan. Kes Muhammad Adib pun masih belum terbela. Tuduhan PH terhadap Najib dan PAS pun masih terkial-kial mencari bukti. Semua perkara ini sedang dinilai dan diperhati oleh segelintir orang melayu yg mengharapkan kerajaan PH mampu membuat sesuatu. Padahal secara majoritinya orang melayu telah menolak PH secara total. Jika media sosial dijadikan ukuran maka kerajaan PH sudah tidak mampu bertahan lagi dgn kritikan dan maki hamun rakyat yg menderita sekarang terutamanya mereka yg tertipu dengan manifesto PH.

6. Orang melayu yg sudah sedar dgn penipuan PH seharusnya nekad dan membulatkan tekad utk mengalahkan PH pada sebarang PRK yang akan datang bukan setakat PRK Semenyih sahaja. Setiap kali PH kalah dalam PRK maka setiap kali itulah mereka akan kelihatan panik dan ketakutan. Mereka takut dgn kebangkitan orang melayu jika orang melayu menghukum mereka pada PRU15. Sekiranya orang melayu inginkan kerajaan PH segera terbubar maka  kekalahan PH di PRK Semenyih akan menyegerakan pembubaran kerajaan PH. Orang melayu kena pastikan kekalahan PH di PRK Semenyih menjadi realiti.

Sekian



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Baru 9 bulan dah kencing merata2, 5 thn x tau la

    BalasPadam
  2. Bayangkan jika berlaku prk DUN di Kedah selepas ni & kekosongan itu pada kerusi PH? Ini antara kegusaran utama TUN...sekarang ni pun jika kerjasama PAS & BN di Kedah bertukar dari kerjasama pembangkang kepada kerjasama utk membentuk kerajaan, maka.......

    BalasPadam