Header Ads

ads header

Flash News

Layakkah tokoh DAP bawa amanah Yadim?


Pengerusi Yayasan Fitrah Malaysia, Datuk Aidit Ghazali kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak telus, malah dilihat tamak dalam pelantikan jawatan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Beliau mempersoal pelantikan yang dibuat agensi itu terlalu kelihatan berasaskan pertimbangan politik, sedangkan Yadim berteraskan tugasan dakwah untuk keseluruhan umat Islam.

Lebih dikesali katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti rasis dan cauvinis, Sheikh Omar Ali juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim.

“Ramai mempersoal dan musykil atas asas apakah pelantikan itu dibuat? Jika mahu mengambil orang berkelayakan agama, banyak lagi calon lain daripada parti PH, bukan DAP yang kerap disabit dengan imej anti-Islam dan anti-Bumiputera, khususnya Melayu.

“Apatah lagi bila tokoh dalam DAP juga dikaitkan dengan imej yang menentang institusi raja, agensi Islam dan kepentingan Melayu. Layakkah dia membawa amanah Yadim?,” soalnya kepada Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, Aidit yakin pemimpin DAP dalam ALPA akan membuka ruang pendirian kontroversi, yang bertentangan dengan kemaslahatan umat sebagaimana termaktub dalam Maqasid Syariyyah.

“Tak mungkin tokoh DAP ini akan membelakangkan dasar dan pendirian DAP apabila hal ehwal dan kepentingan Islam dibahas dalam ALPA YADIM. Yang nyata, semakin kalut nampaknya landskap politik Islam dengan keputusan yang di luar pertimbangan munasabah,” katanya.

Difahamkan, bukan sahaja pelantikan wakil rakyat Paloh dipertikai, bahkan kesemua lantikan ALPA dalam Yadim turut dipersoal ramai pihak kerana didominasi individu yang mempunyai kaitan politik.

Antaranya, enam individu dari Parti Amanah Negara (PAN) iaitu Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz; timbalannya, Zolkharnain Abidin; Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron; Shamsul Ma’arif Ismail dan Maznah Daud.

Dua lagi membabitkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dan seorang wakil DAP, Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

MR :  YADIM boleh tukar jadi YADAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Layaklah sebab boleh rujuk pada Muuujaahid kalau ada masalah

    BalasPadam
  2. Yb menteri jawab tu cuma secara kebetulan kekanda ku

    BalasPadam