Header Ads

ads header

Flash News

Hina Agong: Kerajaan perlu adil dalam pendakwaan


Majlis Suara Melayu Johor (Suara) mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas terhadap pengguna Facebook, menggunakan nama akaun ‘Desmond Yongkor’ yang tidak menghormati institusi beraja di negara ini.

Pengerusi Suara, A Rahman Mahadi (tengah) berkata, kedudukan raja dan bangsa Melayu dalam negara ini sudah kukuh sejak sekian lama dan seharusnya tidak diperlekehkan.



“Negara kita dah beralih ke fasa baru daripada pemerintahan dan perubahan sosiobudayanya. Tetapi perlu ingat, ada batasnya. Dalam rukun negara juga sudah tertulis mengenai perkara itu.

“Jadi janganlah ada pihak yang sengaja mewujudkan persengketaan, sudah lama kita hidup serumpun mengapa ditimbulkan perkara seperti ini sekarang,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Pada masa sama, Rahman berkata, kerajaan baharu perlu mengambil tindakan dan tidak mengamalkan sebarang pilih kasih atau pendakwaan terpilih.

Terdahulu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan parti politik membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.


MR :  Tun Mahathir jadi PM pun belas ehsan DAP... Melayu memang tak ada ruang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan