Header Ads

ads header

Flash News

Mansuhkan AES seperti dijanjikan, bukan tambah


ALOR SETAR 12 Feb. - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menegaskan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menambah bilangan kamera AES berbanding rancangan mereka menghapuskan sistem itu jika mengambil alih pemerintahan negara.

Menurutnya, kos penambahan kamera AES yang dikhabarkan menelan belanja sehingga ratusan ribu ringgit itu juga dianggap sebagai pembaziran dan perlu dihentikan segera.

"Pengguna kebiasaannya mengetahui di mana lokasi AES diletakkan, apabila ada yang memandu melebihi had kelajuan di tempat yang terdapat kamera, mereka akan memperlahankan kenderaan dan kembali memecut setelah tiada AES.

"Jadi, apa yang seharusnya dilakukan (oleh kerajaan) adalah meningkatkan aspek pendidikan dan kesedaran kepada pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus yang sebelum ini menyifatkan pemasangan kamera AES menepati maqasid syariah menegaskan pelaksanaan sistem itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya dan bukan mengaut untung daripada saman yang dikeluarkan.

Mengulas lanjut, Mohamad Yusrizal berkata, sebelum AES diperkenalkan, pihak berkuasa yang ingin menangkap pesalah jalan raya hanya melaksanakan perangkap had laju di lokasi-lokasi tertentu.

"Dahulu kita tak perlukan AES pun. Oleh yang demikian, Cake berharap agar AES yang kini diletakkan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) bersama-sama Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dapat dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh PH," tegasnya. - UTUSAN ONLINE





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan