Header Ads

ads header

Flash News

Pas serah penyata akaun kepada SPRM


KUALA LUMPUR 13 Feb.- Pas telah mengemukakan penyata akaun bank parti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini bagi membolehkan siasatan mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

“Ini selaras dengan pendirian tegas Pas apabila SPRM memulakan siasatan, setelah ada pihak membuat aduan kononnya Pas telah menerima sogokan RM90 juta daripada 1MDB.

“Penyata akaun Pas Pusat yang diserahkan itu bermula daripada tahun 2015 iaitu sebelum tarikh artikel mengenai dakwaan tersebut (Ogos 2016) sehingga yang terkini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, Pas yakin dokumen tersebut membolehkan SPRM menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional.

Sebelum ini, Editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam artikel yang diterbitkan portal Sarawak Report mendakwa pimpinan tertinggi Pas mungkin menerima RM90 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendorong bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN). - UTUSAN ONLINE







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan