Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa keras dengan DAP?

MEREKA bertanya, mengapa begitu keras dengan DAP? Saya jawab, lihat juga DAP, mengapa mereka begitu keras dengan PAS?

Tiada isu. Ia masih dalam kerangka demokrasi, kebebasan dan persaingan sihat. Ia bukan pertembungan fizikal dan permusuhan zahir. Ia perebutan menguasai minda rakyat.

DAP adalah parti ideologi sebagaimana PAS. Sini Islam, sana Liberal. Sini dunia akhirat, sana dunia semata-mata. Sini menjulang Islam sebagai asas bernegara, sana akal manusia mengganti tuhan sebagai asas bernegara.

PAS berpolitik berasaskan kewajiban agama. DAP memusuhi politik berasaskan agama. Maka, persaingan adalah tidak dapat tidak. Ia semulajadi politik dan pemerintahan.

Tiada rasis. Rasis bukan ajaran agama. Tiada kezaliman. Ia bukan ajaran agama. Tiada kebencian sesama rakyat dan masyarakat. Ia bukan daripada agama Islam.

Melayu lain, PAS lain. Cina lain, DAP lain. Ia bukan pertembungan bangsa, bahasa atau warna. Ia pertembungan pemikiran dan hala tuju politik. Itulah padang politik demokrasi.

Ia hanyalah ajakan kepada taqwa kepada Allah atau meninggalkannya sebagaimana itulah kehendak DAP untuk orang-orang Islam. Jadi seperti mereka.

Ia adalah persaingan demokratik merebut dan menguasai minda rakyat. Jaga ini baik-baik, Malaysia akan terus aman sejahtera.

PAS menyeru umat Islam, kembalilah kepada Islam yang sempurna, yang sejahtera, yang adil dan yang terbaik untuk negara.

Apabila umat Islam kembali kepada agamanya, maka amat mudah bagi bukan Islam untuk mengenali Islam dan menerimanya untuk Malaysia yang sejahtera. Begitulah dakwah PAS.


NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan