Header Ads

ads header

Flash News

Najib diikat jamin dengan 'jaminan mulut' tanpa penjamin dan bebas selfie kah kah kah



Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang mencadangkan “jaminan mulut” tanpa penjamin disifatkan satu cadangan adil.

Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin dengan bon peribadi tanpa dikenakan cagaran bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Terdahulu, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi Najib hari ini adalah pertuduhan serupa yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi pada 28 Jan lepas, bagaimanapun Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi semalam berikutan terdapat kesilapan membawa kes itu terus ke Mahkamah Tinggi sebelum ke Mahkamah Sesyen.

"Pertuduhan ini secara substantifnya sama dengan pertuduhan yang dibawa pendakwaan terus ke Mahkamah Tinggi (pada 28 Jan) dan semalam, Peguam Negara mengatakan beliau menarik balik tuduhan itu kerana terdapat kesilapan asas dengan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi sebelum ke mahkamah lebih rendah," katanya.

Peguam itu berkata pihaknya juga akan mengemukakan bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu berikutan terdapat beberapa kecacatan ketara pada pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Hari ini, Najib didakwa semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.

Najib, 66, didakwa semula tidak sampai 24 jam selepas Mahkamah Tinggi di sini, melepas tanpa membebaskannya daripada tiga tuduhan tersebut, semalam.

Anggota Parlimen Pekan itu yang bersut biru, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM47 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Najib dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup mencadangkan Najib diikat jamin dengan “jaminan mulut” tanpa penjamin.

Pada 28 Jan, Najib, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan itu dan semalam mahkamah sama melepas tanpa membebaskannya daripada ketiga-tiga tuduhan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara TommyThomas untuk melepas tanpa membebaskan Najib.

Thomas memaklumkan mahkamah pihaknya akan mendakwa Najib atas pertuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen.

Kes pengubahan wang haram bermula di Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan sepatutnya menyebut kes itu di Mahkamah Sesyen sebelum memindahkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, pada 28 Jan, pihak pendakwaan telah mendakwa Najib terus di Mahkamah Tinggi.

MR :  Tuduh-tuduh dan bebas... kena main oleh PH aje rakyat Malaysia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan