Header Ads

ads header

Flash News

Selepas keluar Bangunan SPRM, Nik Abduh kata kepada wartawan, Pengadu salah orang


Anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan, mereka yang membuat laporan terhadapnya berhubung isu penerimaan dana RM90 juta daripada Umno itu tersalah orang.

Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, pada pertemuan dengan pegawai SPRM itu beliau memberi keterangan beberapa perkara.

"Saya memberi keterangan beberapa perkara dan saya dipanggil kerana ada laporan pasal RM90 juta itu.

“Jadi saya fikir mereka yang buat laporan terhadap saya itu tersalah orang kot.

"Saya buat kenyataan (saya) tak ada maklumat. Panjang sikit (soal siasat)m sejam lebih sebab mereka (pegawai SPRM) duduk menulis," katanya kepada media selepas memberi keterangan kepada SPRM di Kota Bharu, hari ini.



Terdahulu, Nik Abduh kelihatan keluar daripada pejabat SPRM Kelantan pada jam 12.30 tengah hari selepas masuk ke bangunan itu pada jam 10.20 pagi tadi.

Beliau dipanggil susulan isu dana RM90 juta dan audio rakaman suara pengakuan terima duit Umno yang didakwa suaranya.

Isu tersebut timbul semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.

Ditanya mengenai audio rakaman suara itu katanya, beliau menjawab sedikit soalan yang ditanya pegawai SPRM.

"Ada saya jawab sikitlah, pasal rakaman itu saya jawab pendek tiada kaitan dengan saya dan saya dah jawab sebelum ini benda itu adalah karut, fitnah.

"Terima kasihlah kepada yang melapor.

Saya dapat ziarahlah bangunan ini. Lama tengok tapi tak pernah masuk," katanya.

Wartawan bertugas di bangunan SPRM Kelantan.
Sementara itu, bekas ketua pemuda PAS itu berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada SPRM jika diperlukan.

"Saya tak fikir nak panggil lagi. Salah orang, bukan saya. Mana-manalah SPRM kawan saya, kawan kepada PAS," ujarnya.



MR :  Lagi bijak Nik Abdul guna kereta Mercedes bapanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan