Header Ads

ads header

Flash News

PAS beri penjelasan gugur saman Sarawak Report pada 11 Februari


KUALA TERENGGANU: PAS hanya akan mengeluarkan kenyataan berkaitan keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan menyelesaikannya di luar mahkamah, pada 11 Februari ini.

Sumber PAS berkata, buat masa ini tiada kenyataan akan dikeluarkan termasuk daripada Abdul Hadi sendiri sehingga mesyuarat di peringkat pusat diadakan.

“Tunggu sehingga 11 haribulan ini... akan ada kenyataan dikeluarkan berkaitan keputusan Presiden (Abdul Hadi) berkenaan kes saman terhadap Sarawak Report.

“Kenyataan itu akan dikeluarkan sebaik selesai mesyuarat PAS,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Sumber itu berkata, Abdul Hadi juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan media berkaitan perkara itu buat masa ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Abdul Hadi membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Clare Rewcastle Brown.

Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi London dan disahkan Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, dalam satu kenyataan dikeluarkan.

“Abdul Hadi membuat ketetapan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap defendan, manakala Rewcastle Brown turut menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.

“Turut dipersetujui ialah tiada perintah berkenaan kos dan kedua-dua pihak tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma berkaitan penyelesaian ini,” katanya.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi daripada firma Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injunksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many Other Criminal Connections’.

Pada 1 Mei tahun lalu, peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud, dilaporkan berkata, Abdul Hadi memenangi semua lima permohonan interlokutori dalam kes saman fitnah terhadap Rewcastle Brown.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Banyak tanda tanda yang menjurus bahawa kes ni akan disambung di Mahkamah di Malaysia, setelah kes di London ni di tutup dengan rasmi. Saksi yang pertama akan dipanggil adalah Ambiga yang terpaksa menyatakan dari siapa dia mendapat cerita 90 juta ni. Lagipun kos pengendaliannya akan lebih murah. Hanya mungkin Clare Brown yang mungkin terpaksa hadhirkan diri di Mahkamah Malaysia pulak dari berpuluh puluh orang terpaksa ke London.

    BalasPadam
  2. PAS membantu UMNO/BN itu adalah terbukti benar, secara diam-diam semasa PRU14 dulu diikuti dengan cara terang-terangan pula dalam kesemua PRK kemudiannya.

    BalasPadam