PH jangan diam isu berhala di surau — Borhan Ahmad Zakaria
Gempar hari ini apabila menular video dan gambar patung berhala yang diletakkan di pintu utama surau Sabilul Huda Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang. Patung Na Tuk Kong atau Datuk Keramat atau Datuk Gong ini merupakan dewa Melayu yang disembah oleh kaum Cina di Malaysia sejak dulu lagi berdasarkan kepercayaan mereka.
Tindakan ini merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam selaku agama rasmi persekutuan dan juga cubaan mewujudkan ketegangan antara kaum di Malaysia khususnya di Klang, Selangor.
Tindakan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini adalah satu tindakan yang amat kurang ajar dan biadab. Perkara ini bukanlah asing kerana sebelum ini juga pernah berlaku apabila kepala babi hutan di letakkan di dalam surau. Tetapi perlakuan ini mampu menaikkan kemarahan umat Islam dan mengganggu keamanan dan keharmonian negara.
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor tidak mahu menuduh siapa yang menjadi dalang di sebalik kejadian ini.
Baik orang Islam atau bukan Islam yang melakukan, tindakan sekeras-kerasnya patut diambil kerana pihak berkuasa tidak boleh berkompromi tentang soal menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara kita, lebih-lebih lagi jika ia tercetus atas perkara yang berbaur keagamaan dan perkauman.
Perkasa Selangor menentang sekeras-kerasnya tindakan terkutuk ini dan berharap agar pihak polis dapat mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan yang serius terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.
Pemimpin-pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan janganlah berdiam diri dan sekadar berpeluk tubuh apabila hal seperti ini dilaporkan kerana ia mampu mengancam perpaduan negara jika terus-menerus usaha ke arah mewujudkan ketegangan kaum ini tidak dibendung.
Borhan Ahmad Zakaria
Dipertua Perkasa Selangor
MR : PH mengecil bila isu bukan Islam... makin bodoh politik Melayu Islam PH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
5:57 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.
BalasPadam