Header Ads

ads header

Flash News

Kalau tak nak bayar tol bangunlah 4 pagi, balik 12 malam sindir Najib


Pengguna kenderaan di empat lebuh raya di Lembah Klang tetap perlu membayar harga yang sama apabila kadar tol digantikan dengan caj kesesakan, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

"Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari 11 malam hingga 5 pagi. Ini bermakna kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja (sebelum) 5 pagi.

"Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik. Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC (Pusat Transformasi Bandar)?

"Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam? Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup," sindirnya dalam catatan di Facebook.

Terdahulu Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan pemegang utama konsesi empat lebuh raya, Gamuda Berhad.

Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak selama enam jam sehari, manakala kadar tol dihapuskan pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Bagaimanapun pengguna akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa, menurut pejabat perdana menteri.

'Tak adil kepada pencarum luar KL'


Najib juga menegaskan Gamuda Bhd merupakan milik rakyat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

"Ini bermakna dia (kerajaan) nak guna duit pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol.

"Konsesi tol ini terletak di Kuala Lumpur sahaja. Sudah tentu ini tidak akan memberi apa-apa pulangan kepada pelaburan rakyat Malaysia.

"Sudah tentu juga ia tidak adil kepada pencarum dari luar Kuala Lumpur," kata Najib.

Selain itu Najib berkata, para pekerja konsesi tol berkenaan juga perlu mula risau kerana berisiko hilang pekerjaan.

"Saya yakin akan ada sebilangan besar yang akan kehilangan nafkah hidup dengan langkah ini.

"Siapa yang ajar teori hapus tol ini? (Menteri Pendidikan) Maszlee (Malik) ke?" sindirnya lagi.


MR :  PH ni pasal buat cadangan hebat... tapi boleh pratikal ke tak?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. tak payah balik tidor saja tempat kerja cukup bulan baru balik .

    BalasPadam
  2. Macam² gaya kencing PH ni...kalau kencing berdiri tu biasala puak² mata sepet.

    BalasPadam