Header Ads

ads header

Flash News

Politik Thailand ‘bergegar’, kakak Raja Vajiralongkorn jadi calon PM


Dalam satu langkah yang tidak dijangkakan, parti Thai Raksa Chart mencalonkan kakak Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn – Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi – sebagai calon perdana menteri negara itu pada pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Puteri Ubolratana, 67 tahun, dilucutkan gelaran dirajanya selepas berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat (AS), Peter Ladd Jensen pada 1972. Bagaimanapun, beliau kembali ke Thailand pada lewat 90-an selepas bercerai.

Walaupun, gelarannya tidak pernah dikembalikan, rakyat Thailand tetap melayan dan menghormatinya sebagai anak raja.

Puteri Ubolratana adalah anak sulong Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit, sementara Raja Maha Vajiralongkorn (Rama X) adalah satu-satunya anak lelaki Rama IX dari Dinasti Chakri.

Pemilihan beliau oleh parti yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, hari ini, menempa sejarah apabila menjadi anak raja Thailand pertama terbabit secara langsung dalam politik negara itu, dan calon perdana menteri.

Puteri Ubolratana juga diketahui umum menjadi rakan lama Thaksin, yang dikatakan mempunyai pengaruh pada Pilihan Raya Umum Thailand yang dijadualkan pada 24 Mac depan melalui proksinya, walaupun tidak memberi laluan kepada ahli keluarganya secara langsung.

Perkembangan terbaharu luar biasa dalam politik Thailand sudah bermula apabila puteri raja dipilih sebagai calon jawatan perdana menteri, lapor media negara itu.

Sebelum ini, tidak pernah berlaku dalam politik Thailand, keluarga diraja terbabit secara terus dalam politik. Malah, keluarga diraja dilihat lebih tinggi kedudukannya daripada politik, walaupun semua pihak tahu bahawa politik adalah badan yang lebih berkuasa daripadanya.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada pemilihan Puteri Ubolratana yang sebelum ini tinggal di California, mendapat pekenan Raja Vajiralongkorn.

“Saya telah melepaskan gelaran diraja saya dan hidup sebagai orang biasa. Saya telah menerima pencalonan Thai Raksa Chart untuk kerusi perdana menteri bagi menunjukkan hak dan kebebasan saya tanpa sebarang keistimewaan,” kata puteri itu dalam laman Instagramnya.

Sementara itu, Parti Reformasi Rakyat – parti kecil yang menyokong tentera – meminta Suruhanjaya Pilihanraya Thailand menyatakan pendirian sama ada pencalonan Puteri Ubolratana tidak melanggar undang-undang yang melarang parti politik membabitkan keluarga diraja.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau akan bertanding mempertahankan kerusinya mewakili parti Palang Pracharat.

Bekas jeneral itu mengangkat dirinya sebagai perdana menteri selepas tentera menggulingkan pentadbiran Yingluck Shinawatra, adik kepada Thaksin, dalam rampasan kuasa pada 2014.

Bagi pensyarah Pusat Kajian Komuniti Asean, Universiti Naresuan, Paul Chambers, walaupun Puteri Ubolratana tidak tertakluk di bawah undang-undang lèse-majesté yang melarang kritikan terhadap keluarga diraja, penolakan terbuka terhadapnya adalah sesuatu yang sukar.

“Siapa yang berani berkempen menentang kakak raja? Puteri Ubolratana adalah ancaman yang pasti buat Prayut kerana anak raja itu memiliki lebih banyak legitimasi terhadap negara itu, berbanding pemimpin yang merampas kuasa,” katanya. – Agensi



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan