Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat bincang kenapa menipu, bukan bincang ada akedemik atau tidak. Tak perlu pusing isu


13 bahagian Bersatu Pulau Pinang menyatakan sokongan mereka terhadap setiausaha agungnya, Datuk Marzuki Yahya yang dituduh memiliki ijazah sarjana muda palsu.

Setiausahanya, Azahari Aris berkata, sokongan mereka terhadap Marzuki bukan di atas kelulusan akademik sebaliknya dilihat dari segi integriti serta kemampuan kepimpinannya.

"Kami di sini bukan mahu menjawab bagi pihak Marzuki tetapi ingin menyatakan sokongan kami terhadap beliau. Kami melihatnya bukan dari segi kelulusan akademiknya sebaliknya kemampuannya menjalankan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sebelum ini, dua laporan polis dibuat oleh aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef berhubung dakwaan Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar memiliki ijazah sarjana muda palsu dari sebuah universiti luar negara.

Laporan itu juga dibuat selepas dakwaan program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh Marzuki itu tidak wujud di Universiti Cambridge.

Sehubungan itu, Marzuki dalam sebuah portal dilaporkan menjelaskan bahawa ijazah dalam pentadbiran perniagaan beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan Universiti Cambridge di United Kingdom.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan beliau menipu berhubung kelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Cambridge.

Kononnya "Politik tidak perlu kelayakan akademik" itu bukan isu. Yang jadi isu kenapa engkau guna sijil palsu dan tahu akedemik bukan kelayakan politik?

MR :  Bukan janji palsu sahaja, tapi sijil pun palsu juga. Entah ada lagi yang palsu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kalau tau dah penipu buleh kata ada integriti lagi ka...penyokong pun cap ayam.

    BalasPadam