Saya terpaksa tinggalkan Anwar demi negara, Azmin TPM selepas Tahun Baharu Cina
KUALA LUMPUR 4 Feb.- Sebuah blog hari ini mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina.
Menurut penulis blog, anotherbrickinwall.blogspot.com, menerusi artikel bertajuk ‘Azmin appointed DPM after CNY?’, terdapat khabar angin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melantik Mohamed Azmin sebagai timbalannya.
“Khabar angin dalam kalangan yang rapat adalah Dr. Mahathir akan melantik Mohamed Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas cuti Tahun Baharu Cina.
“Ia sepatutnya menjawab persoalan daripada penyokong Bersatu mengenai nasib (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Ini Bertentangan dengan angan-angan segelintir penyokong kuat Anwar dan Dr. Mahathir tidak akan menepati janjinya,” menurut penulis blog tersebut hari ini.
Penulis blog itu juga mendakwa telah bertahun-tahun berasakan pilihan Dr. Mahathir adalah Mohamed Azmin.
“Tiada apa-apa perbezaan kepada Mahathir tentang bagaimana Azmin akan dibawa ke atas, sama ada dia dan pengikutnya meninggalkan PKR atau menyertai Bersatu atau membentuk parti baharu, dia patut tahu apa yang perlu dilakukan apabila berada di kedudukannya.
“Azmin juga memutuskan untuk terus bersama PKR, ia lebih ekonomikal daripada memulakan sesuatu. Pasukannya juga menguasai ahli-ahli PKR dan Majlis Pimpinan Pusat, pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana dia tidak setanding dengan Azmin dan Mahathir,” ujar blog itu lagi.
Mengulas mengenai nasib Anwar, penulis tersebut juga mendakwa Presiden PKR itu akan sekali lagi menjadi mangsa fitnah namun kali ini tidak melibatkan kes liwat tetapi berkemungkinan berkaitan isu dana amanah.
“Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik,” katanya.
Tambahnya, Perdana Menteri juga telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.-UTUSAN ONLINE
MR : Titik-titik nak kubur PH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Blog bohong....rsye vina tahun berape?
BalasPadam