Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng gagal urus Kewangan dan Ekonomi Negara


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mewujudkan badan khas bagi memantau hala tuju ekonomi negara seolah-olah memberi isyarat bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hilang sabar dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng atas kegagalan melaksanakan tugas mengikut portfolionya.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, kelemahan dan kegagalan Guan Eng dapat dilihat apabila Indeks Bursa Malaysia berada dalam kedudukan tidak memberangsangkan manakala nilai ringgit Malaysia terus lemah dengan RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Pelaburan asing sejak Mei 2018 begitu merosot dan suram. Beberapa isu ekonomi dan projek pembangunan seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) gagal ditangani Guan Eng dengan baik.

“Malah, cadangan penubuhan majlis khas ini juga memperlihatkan Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Tun Daim Zainuddin gagal mengemukakan hala tuju baharu yang kononnya mahu dibawa kerajaan PH,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir menyatakan hasrat untuk menubuhkan satu badan khas bagi meneliti dan menentukan keputusan berkenaan ekonomi negara yang mana fungsinya sama seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang wujud pada era kerajaan terdahulu.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, Guan Eng dilihat masih belum berpijak di bumi nyata apabila asyik menyalahkan kerajaan terdahulu mengenai situasi ekonomi semasa sedangkan rakyat mahu Menteri Kewangan itu menyediakan dasar pragmatik yang lebih baik.

Katanya, kegagalan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan juga menyebabkan rakyat tertekan dengan harga barang yang tinggi, tiada projek-projek pemangkin untuk mencetus pendapatan negara, saiz penjawat awam yang dikurangkan dan kitaran wang dalam pasaran yang perlahan.

“Penubuhan badan ala MTEN ini umpama mengambil sebahagian besar kuasa eksekutif Menteri Kewangan. Dr. Mahathir seolah-olah memberikan markah merah kepada Guan Eng, apatah lagi baru-baru ini berlaku ‘perang besar’ antara Menteri Kewangan itu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan