Header Ads

ads header

Flash News

Tak payah la nak tabur fitnah dan adu domba dgn menyebar kenyataan yg tidak dikatakan Clare selepas kes selesai


Clare yg mintak supaya kes ni diselesaikan di luar mahkamah sejak 75% laporan defence nya ditolak oleh hakim melalui interlokutori judgement.

Kalau Clare rasa boleh menang kenapa dia nak selesaikan kes ni di luar mahkamah bila 75% hujah defence nya ditolak. Clare sndri akui takda bukti melainkan ianya hanya "widespread suspicion".

Kenapa muslim PH yg kononnya suci, baik, rahmatan lil alamin sanggup sebar fitnah, persepsi buruk sedangkan terma penyelesaian kes ni adalah rahsia.

Sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 30 April 2018.

2. Antara intipati kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Ahmad Samsuri, Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah seperti berikut;

a) Mahkamah menolak kenyataan pembelaan "truth defence" Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan.

b) Mahkamah memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

c) Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare (dengan erti kata lain, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden).

d) Clare juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan "kebenaran" beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan "kebenaran" nya.

e) Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru.

f) Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.
Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.

h) Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

i) Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato’ Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan pada awal April 2019.

3) Berpandukan kenyataan rasmi PAS ini, maka secara terang lagi nyata cereka fitnah jahat Sarawak Report telah hancur musnah.

Hampir keseluruhan hujjah pembelaan yang dikemukakan oleh Clare telah …


KRONOLOGI KES SAMAN EDITOR SR
21 April 2017: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown (defendan) di Mahkamah Tinggi London berkaitan laporan yang berunsur fitnah oleh defendan di dalam portal Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016.

2 Ogos 2017: Mahkamah Tinggi London menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

30 April 2018: Mahkamah Tinggi London menolak penyataan pembelaan oleh Clare Rewcastle Brown (50 muka surat daripada 55 muka surat hujahan defendan), dan menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk meminda pernyataan pembelaan.

30 April 2018: Mahkamah Tinggi London mengarahkan Clare Rewcastle Brown untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700) kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan menetapkan tarikh 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh.

15 September 2018: Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS memaklumkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 2018, sejumlah £355,550 (RM 2,117,870) telah dibayar kepada pihak peguam di London sejak November 2016 hingga Jun 2018, menggunakan hasil sumbangan ahli dan penyokong PAS.

1 Februari 2019: Suatu Perintah Mahkamah (Court Order) telah dimeterai di Mahkamah Tinggi London bagi memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Clare Rewcastle Brown.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan