Header Ads

ads header

Flash News

Umno-PAS Hulu Langat semeja selaraskan kempen rampas DUN Semenyih


PETALING JAYA: Kerjasama Umno dan PAS menghadapi pilihan raya kecil DUN Semenyih semakin terbentuk apabila pimpinan bahagian Hulu Langat dari kedua-dua parti duduk semeja melaraskan kempen merampas kerusi itu daripada Pakatan Harapan.

Ketua PAS, Che Rosli Che Mat berkata mereka menyertai mesyuarat itu semalam atas undangan Ketua Umno, Datuk Johan Abd Aziz.

“Malam tadi hanya mesyuarat penyelarasan. Kami hanya ikut sahaja untuk membantu apa yang perlu,” katanya kepada FMT.

“Johan merupakan pengarah pilihan raya peringkat DUN. Kita cerita apa yang kita hendak bantu, tidak ada apa-apa lagi. Hal ini kerana, urusan berkaitan ceramah mereka yang rancang, kita ikut sahaja,” katanya.

Sementara itu, pimpinan PAS negeri maklum akan mesyuarat peringkat bahagian itu. Bagaimanapun, Pesuruhjaya Sallehen Mukhyi berkata dia belum menerima laporan hasil mesyuarat.

Sebelum ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera parti untuk tidak memandang remeh kerjasama Umno dan PAS, susulan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Cameron Highlands bulan lepas.

Umno Hulu Langat pula dilaporkan menolak syor mempertaruhkan calon “payung terjun” pada PRK yang akan mula berkempen pada 16 Februari ini.

Johan menegaskan calon BN haruslah seorang pengundi di Semenyih.

DUN Semenyih kosong selepas kematian penyandang Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan Johan dengan kelebihan 8,964 undi pada PRU14.

Pengundi Semenyih akan memilih pada 2 Mac.

MR :  Kerjasama demi islam dan Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan