Header Ads

ads header

Flash News

Nik Abduh: Nafi rakaman audio sebelum ini sebab nak jaga parti


KOTA BARU, 13 Feb — Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan beliau menafikan rakaman audio mendakwa dirinya menerima dana daripada Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu kerana mahu menjaga reputasi parti yang disertainya.

Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Bachok berkata tindakan itu diambil selepas berbincang dengan rakan-rakan dalam parti bagi menutup sebarang isu yang mungkin akan digunakan oleh pihak lawan untuk memfitnah PAS.

“(Penafian terhadap rakaman audio) itu disiplin dalam parti. Kita mesti mengajar disiplin sama seperti bercakap benar. Tapi saya tangguh dulu, bincang dengan kawan-kawan dalam parti kerana ia melibatkan soal jemaah.

“Kalau saya benar, saya jawab sungguhlah audio itu suara saya, tapi bukan soal reputasi saya tapi soal parti,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, selepas pulang dari menghadiri mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata walaupun Islam menggalakkan umatnya untuk bercakap benar namun ada beberapa perkara yang dibolehkan untuk berbohong.

“Sebagai contoh ada orang yang dizalimi dikejar penzalim dan orang yang dizalimi lari minta pertolongan kita. Kita sembunyikan orang yang dizalimi dalam rumah kita. Kalau orang cari, kalau kita bercakap benar, maknanya kita bantu orang yang menzalimi maka pada masa itu ulama kata menipu adalah wajib. Itu dalam bab al-Kazib.

“Jadi saya memilih dalam bab Islah, nak jaga hubungan keharmonian dalam masyarakat supaya tidak mempercayai fitnah politik yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan pada masa itu dan sampai sekarang. Maknanya pada masa itu PAS berdepan serangan fitnah sehingga kita terpaksa berhabis berjuta ringgit untuk membersihkan (nama),” katanya.

Semalam, PAS dilaporkan mengesahkan rakaman audio perbualan seorang individu menyentuh isu PAS menerima dana daripada Umno memang suara milik Nik Mohamad Abduh.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dipetik sebagai berkata perkara itu telah diakui Nik Mohamad Abduh sendiri namun konteks sebenar perbualan tersebut tidak diambil secara keseluruhan. — Bernama

MR :  Ini namanya fekah politik, tapi ada pimpinann PAS yang ada dalam majlis tersebut bodoh dan secara tak langsung khianat parti dan perjuangan islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan