Header Ads

ads header

Flash News

Terima dana asing: Pemuda Pas gesa polis siasat DAP


KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan keatas parti DAP berhubung dakwaan dana asing yang diterima parti itu bagi aktiviti politik.

Ketua Pemuda Pas Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata dakwaan itu sangat serius dan yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

“Isu yang serius kerana ia sudah lama didedahkan dalam blog-blog dan portal. Ia mendedahkan dana asing yang diterima oleh pihak DAP melalui beberapa agensi ataupun badan-badan yang berkait dengannya yang ketika itu adalah satu perkara yang sangat besar dan mengancam keselamatan negara.
“Ia perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Saya harap dengan membuat laporan polis pada hari ini, pihak berkuasa  hendaklah mengambil satu tindakan tegas untuk menyiasat apa yang berlaku,” ujar Muhammad Khalil.

Beliau bersama lebih 50 Pemuda Pas yang lain tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Rabu.

Antara dakwaan yang serius sebelum ini adalah pendedahan bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari Israel.

Selain itu, Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining  secara terbuka menyatakan bahawa pihaknya memberi dana kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) yang lalu.

Muhammad khalil yang juga ADUN Batu Buruk itu meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terperinci terhadap akaun rasmi parti DAP dan akaun peribadi pemimpin utama parti itu sama ada benar ada benar menerima dana asing atau sebaliknya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan