Header Ads

ads header

Flash News

UMNO, PAS mesti bentuk pakatan


UMNO Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah pakatan politik yang kukuh.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, Badan Perhubungan UMNO Kelantan adalah antara yang terawal membuat ketetapan bukan sahaja menyokong malah mendesak agar penyatuan politik dilaksanakan.

Katanya, hasrat berkenaan sudah dinyatakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui satu memorandum yang disampaikan sebelum ini.

“Kita memohon agar satu pakatan hendaklah disegerakan. Sekarang keadaan bangsa dan agama cukup terancam dan amat penting wujudnya penyatuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama Media di sini, malam tadi.

Katanya, apa yang perlu dilakukan lagi adalah perundingan lanjut dan sesuatu perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, mengulas mengenai penghijrahan beberapa pimpinan UMNO Kelantan termasuklah Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ahmad Jazlan menegaskan tindakan itu tidak akan melemahkan UMNO Kelantan. – Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan