Header Ads

ads header

Flash News

Berita palsu, Adun PAS dengan rela minta maaf, MP PH kena paksa pun liat minta maaf


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Dengan rasa bersalah dan rendah hati, saya memohon maaf dan menarik balik kenyataan pada posting yang saya printscreen (tangkap layar) kenyataan Wan Azizah.

"Setelah menyemak status berita berkenaan ia jelas tidak benar sama sekali. Kelamahan saya (apabila) menerima berita tersebut adalah kesilapan sikap saya yang tidak berhati-hati dan tidak cermat dalam menapis berita ini," kata Rozi dalam kenyataan di Facebooknya.

Berita minta maaf setelah tersilap emngambil petikan palsu adun PAS ini dijadikan senjata menyerang PAS. Malaysiakini jadikan satu berita besar. Malah portal-portal pro PH menjadi isu besar kononnya PAS suka menyebar berita palsu.

Dia dah beritahu tersilap.
Tanpa sesiapa nasihat atau tegur dia, dia cari sendiri dan tahu itu silap dia minta maaf.
Sepatutnya ini dipuji.
Ini nabi ajar yang menjadi panduan parti PAS.
Tapi apa yang PAKATAN HARAPAN buat ini menjadikan senjata untuk menyerang.
Menanam perasaan benci dan permussuhan.
PH memang hancing dalam membentuk Malaysia masa hadapan.

Ditakdirkan Allah tak lama selepas itu Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir (PH) menyatakan di dalam ucapannya bahawa terdapat laporan berita yang menyebut, ada pemimpin PAS yang telah dibekukan akaunnya dan disita rumah serta keretanya.

MP pembangkang minta YB Akmal memberikan nama pimpinan PAS dikatakan mempunyai wang jutaan ringgit dan rumah, tanah serta kereta di sita. Tapi malangnya Akmal berdalih dengan macam-macam helah tanpa memberikan nama.

Tuduhan ini sangat jahat. Sepatutnya dia boleh berikan nama dalam parlimen kerana parlimen mempunyai kekebalan.

Setelah diasak oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk dikemukakan bukti, beliau tetap berdegil sehingga memaksa Speaker untuk membuat arahan agar kenyataan tersebut ditarik balik.

Bukan sekali malah 3 kali speaker mengarah dia tarik balik jika tak boleh buktikan dia masih degil dan berdalih.

Akhir sekali kali keempat dan masa dia nak tamat dia menarik kenyataan tersebut. Itu terpaksa.

Sebar berita palsu daripada sumber akhbar.
Tak ada keinsafan rasa bersalah untuk meminta maaf
Jauh perangai dia daripada pimpinan PAS.
Tapi Malaysiakini tak jadikan berita, walaupun video parlimen ini beredar dan ditonton ratusan ribu kerana berita ini memburukkan PAS.
Ini kebebasan akhbar yang dilaungkan oleh ramai penulis yang menyokong PH.
Kebebasan 'munafik'.


Aku tak hairan kalau yang tak jumpa itu orang biasa. Tapi kalau Ahmad Lutfi Othman, bekas ketua pengarang Harakah, pengalisis politik dan penulis buku juga tak jumpa cari berita dan maklumat benar.

"Hang" cari mana?
Malaysiakini ke?
Nak cari maklumat benar melalui berita Malaysiakini?
baik "hang" baca balik tulisan hang tentang kebebasan akhbar semasa hang terajui KAMI.

Manusia kalau terlalu nak idea sangat
akhir idea sendiri akan menjerut leher.
Baik kita menulis satu buku kecil "panduan menulis artikel" misal daripada menulis tulisan politik sebagai contoh "revolusi tanpa arah" atau "revolusi tanpa dara".
Tulisan kecil nampak macam tak ngah tapi jika orang guna panduan itu untuk menulis kebaikan sekurang-kurang semasa diakhirat nanti boleh juga membantu kita.

Kalau tulisan kita jadi maki hamum.
Aku rasa Lutfi kena teliti cerita bagaimana nabi lari apabila Syadina Abu Bakar membalas maki hamum orang kepadanya. Ini cerita dalam usrah. Usrah mukin tak releven dalam dunia politik sekarang. Orang tak kenang lagi penglibatan usrah dulu kala sebab itu zaman budak-budak yang akal tak panjang.

Kesimpulannya persepsi membuatkan orang cerdik jadi buta
Yang berjalan dalam landasan betul akhir pesong di saat akhir.
Yang bodoh dipuja dan beriman dicerca kerana menghakini persepsi tanpa iman.


Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89


MR :  Ini dunia fitnah, yang beriman aje mengetahui dan mendapat petunjuk


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan