Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia – Khaled


JOHOR BAHRU – Kegagalan kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar di Pasir Gudang ekoran kejadian pencemaran toksik dikhuatiri akan menimbulkan rasa panik dalam kalangan orang awam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga ke saat ini, tiada sebarang ketegasan, jaminan atau kepastian daripada kerajaan negeri dan pihak berwajib dalam menguruskan perkara tersebut.

“Adakah perkara ini sekarang berada dalam keadaan terkawal dan sedang diuruskan dengan baik? Adakah Pasir Gudang kini selamat? Atau adakah keadaan sebenarnya di luar kawalan dan akan terus merebak dan menjadi semakin kronik?

“Itu semua memerlukan penjelasan daripada kerajaan negeri supaya tidak timbul rasa panik dalam kalangan orang awam. Saya sangat terkesan dan kesal dengan tragedi yang terjadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Pada masa sama, beliau turut melontarkan persoalan sama ada kerajaan negeri melakukan penilaian komprehensif terhadap pencemaran itu dan mempunyai pelan tindakan atau mitigasi yang jelas.

Ini kerana, katanya, sejak kejadian dikesan tidak wujud tindakan atau langkah pengawalan serta pengurusan yang bersesuaian diambil kerajaan negeri.

“Justeru, saya menggesa Jawatankuasa Kerja yang diaktifkan supaya mendalami perkara itu lebih serius serta berfokus dan bukan sekadar tunggu dan lihat atau keluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan kerana ia adalah kes kesihatan dan keselamatan melibatkan nyawa.

“Jabatan Alam Sekitar Negeri dan wakil dari Putrajaya, Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak-pihak pakar dan berkaitan mesti dirujuk dan dilibatkan,” katanya.

Selain itu, tambahnya, wakil khas kerajaan negeri untuk berurusan dan memberikan perkembangan terkini kepada semua mangsa dan keluarga terlibat, wakil media serta orang awam perlu disediakan supaya masyarakat tidak dibiarkan terkapai-kapai, gelisah serta bimbang akan status kes ini.

Mohamed Khaled turut memohon supaya diasingkan satu peruntukkan dana khas untuk membantu semua mangsa dan disalurkan dengan segera.

“Sebagai sebuah kawasan industri, adalah sangat kritikal untuk kerajaan negeri memastikan yang kualiti alam sekitar serta tahap keselamatan awam Pasir Gudang, serta Johor umumnya, tidak dibiarkan terjejas, merosot dan mengancam nyawa.

“Kes yang sedang berlaku ini menggambarkan dengan sendirinya kelemahan serta tahap ketidakmampuan kerajaan negeri dalam menguruskan isu serius dan membendungnya agar tidak terus menjadi semakin kritikal,” katanya. – UTUSAN

MR :  Kerajaan mesti ada pelan yang baik untuk pelbagai isu terutama mengenai keselamatan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan