Header Ads

ads header

Flash News

Biar tamat penggal, jangan ambil Kedah ikut 'jalan belakang' kata PAS


KOTA BARU, 13 Mac ― Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan tidak wajar untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui “jalan belakang” dan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan harus dibiarkan memerintah sehingga tamat penggal.

“Kalau tanya saya secara peribadi biarlah berjalan apa yang ada hari ini. Biar kekal kerajaan Pakatan Harapan (di Perak dan Kedah)... biar mereka memerintah sehingga habis penggal. Bukan cara kita ambil sesebuah kerajaan di tengah jalan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan kerajaan penyatuan ummah (UG) oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kerjasama di antara PAS dan Umno.

Pada masa ini Kedah dan Perak diterajui oleh PH dengan majoriti kecil iaitu masing-masing empat dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri.

Mengulas kerjasama PAS-Umno, Mohd Amar menyifatkan hubungan itu sebagai peringkat “orang muda baru bermain mata”.

“Kalau kita nak mengadakan kerjasama politik dalam bentuk tahaluf kita memerlukan persetujuan daripada muktamar (PAS), tapi sekarang belum sampai ke situ lagi seperti mana yang dilakukan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Mesyuarat (jawatankuasa bersama) baru-baru ini, kita baru meneroka ruang-ruang ada keperluan-keperluan macam mana (dalam usaha politik). Setakat ini tertumpu kepada pilihan raya kecil Rantau, itu fokus kita sekarang ini,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerjasama antara PAS dan Umno akan meminggirkan masyarakat bukan Melayu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata perkara tersebut tidak akan berlaku. ― Bernama

MR :  Islam mengajar kita akhlak dalam semua perkara... Jangan ikut PH atau Anwar suka 'main pintu belakang'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Susah la bila ada orang bodoh mcm mohd amar ni dlm kepimpinan pas. Sekiranya sudah ada sokongan dari adun yg membolehkan pas dan umno membentuk kerajaan,,apa masalah? Nak kekalkan kerajaan yg suka memfitnah ini ka? Kerana pas la undi org islam berpecah teruk pd pru14. Jika masa itu pas bekerjasama dgn umno, sudah tente negara kita masih dikuasai org islam. Mohd amar ni bodoh,,pakai kereta mewah. Sekslipun beli dgn wang sendiri, ia menjadi fitnah kpd perjuangan islam. Bodoh dan ego pimpinan pas ni,,sukar dikikis. Hj hadi pun sama saja. Bila dah kalah islam, baru nak kerjasama dgn umno, tu pun , hj hadi buat hal bodoh dgn bertemu tun pada hari penamaan calon. Nasib baik pas sngor kekal bersemangat menjaga ukhuwwah dgn umno. Dua org ni, adalah petualang kpd penyatuan pas dan umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg Mulia saudara, itu pendapat peribadi beliau. Kepimpinan Islam tidak buat keputusan terburu2 dan mengikut hawa nafsu. Semua keputusan mengikut nas dan hukum. Itu yg dimaksudkan oleh Nik Amar kena bawa ke Muktamar. Tak tahu la saudara ni ahli pas atau tidak. Kalau ahli pas sudah pasti saudara tahu akan tahu gerak kerja pas.
      Bolehkah saudara jamin sekiranya ambil alih kerajaan perak dan kedah akan dpt tadbir dgn stabil.
      Dan pendapat hamba sekiranya pas dan umno bergabung sebelum pru14, percayalah tak akan menang. Dan silap2 pas tak dpt 2 kerajaan negeri skrg.
      Jadi jgn mudah2 melatah dan label kepimpinan sbg bodoh. Maaf kalau hamba cakap, sekiranya yg mulia saudara hidup di zaman Rasulullah, dgn pemikiran saudara, tak mustahil Rasulullah dan para sahabat pun saudara akan label sbg bodoh dgn keputusan yg baginda buat.
      Wallahuaklam.

      Padam
    2. Ada yg saya setuju dgn pandangan saudara, dan ada yg saya tidak setuju. Yg saya bersetuju ialah kita tidak perlu terburu2 kerana ianya sifat syaitan. Cuma ia tiada kaitan dgn isu kerajaan kedah dan perak bertukar. Bahkan statement mohd amar sendiri statement yg terburu2. Bukankah lebih baik mengambil sikap tunggu dan lihat kpd keadaan. Bagaimana jika ditakdirkan Allah swt, ada adun2 yg beralih sokongan mereka drpd ph kepada pakatan pas dan umno dan boleh bentuk kerajaan? Adakah nak ikut pandangan mohd amar dan biarkan ph yg terkenal dgn fitnah kekal memerintah ? Mana lebih baik jika pas dan umno ambil alih kerajaan dan tunjuk kpd rakyat bahawa pakatan ini mampu mentadbir dgn baik dan menyakinkan rakyat bahawa pakatan ini adalah demi agama,bangsa dan negara.
      Kemudian, atas dasar apa keyakinan saudara bahawa jika pakatan ini wujud sblm pru14, pas akan kalah banyak? Saudara pun sama seperti hj hadi dan kebanyakan pimpinan pas, agenda politik diletak melebihi tuntutan ugama. Saya lebih yakin dgn saranan syariat islam, khasnya perintah alquran menyuruh umat islam bersatu dan haram bertelagah sesama sendiri. Mari kita lihat ayat al quran dibawah..
      أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
      ... إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله..
      " sesungguhnya org2 yg beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu berbuat baik sesama saudara kamu dan takutlah kamu kpd Allah "
      Jelas sekali syariat suruh berbuat baik sesama saudara seagama,,,tp ,pas,, puluhan tahun mengambil sikap bermusuhan dgn umno, pulau memulau, mencerca, buruk sangka , maki hamun dan hingga membawa kpd pembunuhan di memali. Sikap ini bertentangan sekali dgn sjaran Islam.
      Mari kita lihat ayat al quran di bawah..
      وأطيعوا الله ورسوله ولا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم..
      " dan taatilah kamu semua kpd Allah dan rasulNya dan jgn kamu bertelagah, maka akibatnya kamu akan gagal dan hilang gerun musuh terhadap kamu."
      Pas,, apabila bentuk blok pembangkang ke 3, perkara ini sebenarnya membawa perpecahan dan pertelagahan dan kegagalan. Saya lebih yakin kpd al quran. Dan saya tidak yakin dgn ijtihad politik hj hadi dan msu pas. Kerana kaedah ada kata,,tidak boleh berijtihad kpd perkara yg sudah ada nas yg soreh. Dan memang benar, ijtihad pas membawa kpd pecahnya undi org islam kpd pas dan umno dan ph, manakala undi org kafir solid kpd ph,,maka putrajaya dikuasai oleh majoriti org kafir. Kat sini saya tidak bersetuju dgn saudara.
      Adapun perkataan bodoh saya terhadap hj hadi, saya mohon maaf di atas kekasaran itu. Tapi dosa hj hadi hasil daripada amanat beliau lebih besar. Hingga hari ini, beliau tidak pernah memohon maaf,,ini ego beliau. Adapun label bodoh saya kpd mohd amar kekal, slps beliau berkata umno tidak lagi rekevan dan perlu dibubarkan,,,,statement ini terbit drpd mulut beliau di saat2 umno dan pas berhasrat menjalinkan kerjasama. Ikut lojik, pas la yg kena bubar,,pas dapat 18 mp, sedangkan umno 55 mp. Saya akan kata bodoh kpd rasulullah saw...nauzubillah min zalik,,,ini keceluparan saudara sebenarnya dan suk zon. Oh ya,,saya org pas,,,saudara tak perlu gusar tentang parti yg saya jd ahli ya. Wallahu a'lam.

      Padam
  2. saya jangkakan, komen2 seperti ini adalah komen dari cybertrooper PH yang cuba utk memecahbelahkan kesatuan ummah. Mrk ni menyamar seakan-akan sebagai ahli Umno atau ahli PAS. Mrk cuba memburuk-burukkan pimpinan tertinggi kedua-dua belah pihak dgn kata2 yg tercela yg tidak menggambarkan sifat seorang muslim. Mrk ni cuba menunjukkan diri mrk baik di mata pembaca, walhal dlm masa yang sama cuba menyampaikan mesej perpecahan.

    BalasPadam
  3. Betul tu saudara ..Bercakap macam orang PAS,rupa pun macam penyokong PAS,mengaku pun macam ahli PAS tapi itu bukan PAS hehe

    BalasPadam
  4. Sebenarnya,,mohd amar diantara manusia yg menjadi petualang kepada penyatuan ummah di antara pas dan umno. Saudara anon berdua di atas, faham ka apa yg saya tulis,,atau saudara berdua ahli pas totok yg menerima dan menelan segala kata2 dan pendapat pimpinan pas bulat2?. Tanpa menilai dan merujuk kpd syariat islam terlebih dahulu. Adakah saya mengajak kepada perpecahan di kalangan ummah dalam pandangan saya di atas? Lihat kpd statement mohd amar tempoh hari ketika dgn bangganya berkata umno harus dibubarkan kerana sudah tidak relevan. Baik kah kata2 ini di tujukan kpd umno yg mana umno dan pas disaat perbincangan untuk bekerjasama? Sbb itu saya kata mohd amar ini tidak cerdik. Kita hendak melihat penyatuan umat berlaku, tp mohd amar buat statement menyinggung perasaan saudara seagama dia. Ini berlawanan sama sekali dgn nilai2 dan akhlaq pimpinan parti islam. Lihat saja kereta2 mewah dia,,ya betul,,beli kereta terpakai dan harga murah,,mamun ianya tetap mengundang fitnah dan jadi bola tanggung kpd musuh2 pas dan musuh2 islam. Tidak ku sangka, org2 pas begitu cetek pemahaman mereka, sehingga tulisan saya , komen saya terhadap kepimpinan pas, dijadikan bukti saya cyberyrooper ph....sayang sekali pas ada ahli yg kualiti seperti saudara berdua. Maaf saya pohon. Sekali lagi saya ulangi saya ahli pas.

    BalasPadam
  5. ahli PAS sesama ahli pas tidak menggelar ahli pas lain sebagai ahli pas totok. Tiada istilah sebegitu sesama jemaah. Cuma orang luar atau khadam D4P shj yg selalu guna gelaran begitu. Ahli PAS sejati, kalau sayang kpd parti, dia tak mengutuk pimpinan secara terbuka, memburuk-burukkan mrk, melaga-lagakan sesama mrk. Buka cerita lama ni, sama macam propaganda, fitnah sblm PRU14 dulu. Tulisan saudara ni, mencerminkan siapa diri saudara sebenarnya. Ia gagal menjadi topeng menutup muka & diri saudara yg sebenarnya. Tajamkan lagi jarum saudara dgn mengikuti kursus bersama cybertrooper PH yg lain.

    BalasPadam