Header Ads

ads header

Flash News

Berjasa sokong kerjasama UMNO-PAS demi ummah


Kerjasama rasmi antara PAS dan UMNO dilihat satu pencapaian amat baik bagi mengembalikan semula dominasi kuasa politik di tangan orang Melayu, kata Presiden Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Menyokong usaha kedua-dua parti, beliau berkata, Melayu sudah kehilangan dominasi kuasa, sebaik sahaja kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara sejak Mei 2018.

Situasi itu menyebabkan parti tamak haloba DAP, satu-satunya parti yang tersusun rapi gerak kerjanya dalam PH, mengukuhkan cengkaman pengaruh ke atas keputusan dan pendirian kerajaan baharu.

Katanya, kepentingan orang Melayu mula diabaikan, sebagaimana yang diakui oleh beberapa pemimpin PH pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, malah kebiadaban kaum minoriti terhadap agama Islam juha semakin menjadi-jadi.

Serentak itu, Dr Badhrulhisham meminta UMNO-PAS, menerusi kerjasama yang dilakukan, mendapatkan semula dominasi kuasa politik di tangan majoriti muslim, sekali gus dapat melindungi agama Islam.

Katanya, selaku parti Melayu terbesar, kedua-dua parti perlu ingat, kuasa politik bukan dicapai melalui politik kepartian sahaja, sebaliknya mestilah membabitkan kepimpinan umat Islam dalam pelbagai lapisan masyarakat.

“Majoriti orang Melayu tidak berparti, tetapi bertebaran dalam pelbagai badan-badan berkepentingan dan kesatuan sekerja. Sehubungan itu, agenda penyatuan ummah tidak akan terlaksana melalui wadah parti semata-mata.

“UMNO dan PAS juga diingatkan tidak lupa peranan NGO Islam yang mendesak ke arah kesepakatan Melayu demi kedaulatan Islam sejak sebelum PRU13 lagi.

“Mereka yang tidak mempunyai kepentingan kerusi untuk dimenangi inilah yang menjana kesedaran dalam kalangan umat Islam tentang bahayanya dominasi kuasa politik di tangan bukan Islam terhadap kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kerjasama rasmi UMNO-PAS yang diumumkan semalam demi penyatuan ummah, walaupun bukan sebagai blok pembangkang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyatuan ummah yang diwujudkan akan menjamin kestabilan negara, tanpa meminggirkan masyarakat majmuk yang lain.

Pada masa sama, Dr Badhrulhisham menasihatkan UMNO dan PAS agar bermuhasabah secara tulus akan kesilapan masa lalu, yang membawa kepada tergadainya dominasi kuasa politik ke tangan orang lain.

Katanya, kesilapan itu perlu dikenal pasti secara spesifik dan diungkapkan secara jelas kepada semua pengikut, agar tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Kesilapan ini bukan sekadar jatuhnya sebuah atau dua buah parti, tetapi mengancam masa depan Islam di Tanah Melayu ini,” katanya.

Selain itu, Berjasa yang menganggotai Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bertekad untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan Melayu dan Islam dalam kalangan parti-parti Melayu.

“Hasrat Berjasa agar rakyat tiada lagi mencari alasan untuk beralih arah kepada parti cauvinis bagi menangguk di air yang keruh pada masa akan datang,” katanya. - ISMA


MR :  Semua suara Melayu daripada parti, NGO dan individu berpengaruh mesti bersatu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan