Header Ads

ads header

Flash News

Lightning Rod II


Saya membaca tuduhan tuduhan ke atas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai 'makan keliling' selepas PAS bersetuju menjalin kerjasama dengan Umno hari ini [1]. Ya, bekerjasama dengan Umno tetapi dalam masa yang sama berkeras mempertahankan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Apa ini?

Tuan tuan, objektif utama politik kenegaraan Islam adalah kestabilan. Kestabilan negara adalah kunci kepada kemakmuran negara. Ada banyak hadis ketaatan kepada pemimpin dan kalam ulamak silam atau kontemporari yang membahaskan isu ini. Atas sebab itu tuan boleh melihat bagaimana ulamak besar Syria As-Syahid Ramadhan Al Bouthi sehingga ke akhir hayatnya tegas menolak pemberontakan ke atas Bashar Al Assad di Syria walaupun beliau adalah pengkritik Al Assad yang konsisten. Semuanya kerana kestabilan.

Begitu juga TGHH. Konsisten beliau terhadap objektif politik kenegaraan ini bermula melalui idea kerajaan perpaduan (UG). Selepas gagalnya 16 September yang bermatlamat menukar kerajaan melalui pintu belakang, TGHH mencadangkan UG bagi menamatkan sengketa politik antara semua parti yang memudaratkan negara ketika dunia sedang mengalami 'global recession' pada masa itu. Idea ini ditolak, politik terus tidak stabil, masa pemimpin dihabiskan untuk mengira nombor ahli parlimen yang masih setia dan akhirnya DS Najib Razak terpaksa menyuntik bajet mini RM60 bilion untuk menstabilkan ekonomi negara. Ya RM60 bilion. Harga sebuah kebodohan politik. [2]

Dan TGHH akhirnya dilagakan dengan TGNA dengan tuduhan tidak menghormati Pakatan Rakyat. Beliau diam.

Pada tahun 2015 apabila berlakunya gerakan gerakan menjatuhkan DS Najib melalui laporan 'konspirasi 4 Tan Sri' [3], TGHH mengeluarkan kenyataan bertegas mahukan DSN menghabiskan penggal. Tahun 2015 adalah tempoh mencabar kepada ekonomi dunia bermula dengan kejatuhan purata 20% harga komoditi dan 60% harga minyak global. Sokongan politik TGHH ketika itu membolehkan DSN memulihkan semula ekonomi lebih cepat daripada negara2 pengeluar minyak dunia sehinggalah pertumbuhan ekonomi KDNK negara mampu berada pada paras pertumbuhan 4.6% pada suku keempat 2016.

Dan TGHH kemudiannya dihamun sebagai bersekongkol dengan 'kleptokrat' oleh bekas anak buahnya sendiri. Beliau diam

Begitulah juga pada tahun lepas apabila beliau mengeluarkan kenyataan menyokong Tun Mahathir menghabiskan penggal. Dengan ura-ura undi tidak percaya, belot, politik yang tidak stabil serta dasar ekonomi yang tidak jelas, bagaimana pelabur mahu datang dan berniaga dalam negara? Atas sebab itu pelaburan langsung asing (FDI) pada suku kedua dan ketiga 2018 hanya berjumlah kurang RM7 bilion; hampir 3 kali ganda lebih rendah daripada jumlah FDI yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2017.

Dan seperti sebelumnya, TGHH dihina sebagai 'makan keliling' pula.

Membenarkan Tun Mahathir menghabiskan penggal atau menamatkan perkhidmatan beliau secara sukarela akan membolehkan kestabilan dalam negara dicapai. Idea ini juga difahami oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pemangku Presiden Umno yang juga bersetuju untuk menyokong Tun Mahathir sekiranya berlaku undi tidak percaya [4]

Sokong Tun Mahathir bukan bermakna Umno dan Pas nak bekerjasama dengan PPBM. Sokong Tun Mahathir adalah supaya beliau boleh fokus mentadbir negara dan tidak terganggu dengan serangan dari dalam. Pilihanraya nanti kita bergaduh la balik.

Saya pernah tulis dahulu bahawa DS Najib adalah seumpama lighting rod (penangkap kilat). Beliau menyerap semua serangan (kilat) yang dihalakan ke atas Umno hari ini bagi membolehkan Umno terus bernafas. DS Najib benar-benar adalah lightning rod untuk Umno. [5]

Tetapi TGHH adalah lightning rod untuk Malaysia.

-----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-pas-bersanding-hari-ini-1.854260

[2] https://m.malaysiakini.com/news/99885

[3] https://m.malaysiakini.com/news/353413

[4] http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-sedia-sokong-dr-mahathir-1.854286

[5] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2313025782080765&id=100001200986490







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan