Header Ads

ads header

Flash News

Bukti kerajaan PH gagal


ALOR SETAR 28 Mac - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu segera mengambil tindakan dalam mengemukakan pelan rancangan pemulihan Felda selain menunaikan janji yang dibuat kepada para peneroka.


MUHAMMAD SANUSI MOHD. NOR

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, luahan kecewa Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman terhadap kegagalan kerajaan itu perlu diberikan perhatian serius.

Katanya, Mazlan adalah individu yang paling lantang dalam soal membabitkan Felda dan apabila beliau mula bersuara sudah pasti ada sesuatu yang tidak betul dilakukan oleh kerajaan.

"Saya rasa Mazlan perlu diberi ruang untuk mengemukakan idea-idea bagi membantu Felda sebab dahulu pun dia (Mazlan) mencadangkan pelbagai cara untuk membantu Felda ini.

"Apabila kita janji macam-macam kepada peneroka ini, kita perlu tunaikan termasuk menghapuskan hutang peneroka. Apabila janji tidak ditunaikan, orang akan mula bangkit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan luahan rasa kecewa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda yang turut hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan PH masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda.

Dalam masa sama, mereka juga kesal apabila bayaran pinjaman sara hidup diturunkan yang disifatkan bercanggah dengan janji manifesto PH selain menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenainya.

Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dilaporkan berkata, penurunan kadar bayaran pinjaman sara hidup adalah satu pengkhianatan kerana kadar yang ditetapkan sekarang adalah perjanjian antara peneroka dan pihak Felda sejak sekian lama.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, rata-rata peneroka di kawasannya sering kali meluahkan bahawa keadaan pada masa ini lebih teruk daripada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Zaman paling teruk menurut peneroka adalah pada zaman Perdana Menteri keempat (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan pada masa Najib keadaan lapang sedikit dengan pelbagai bantuan serta perancangan. Selepas itu, keadaan semakin teruk hari ini," katanya.-UTUSAN ONLINE


MR :  Tak perlu bukti. memang sudah jelas... perlantikan Mazlan Aliman tidak membantu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan