Header Ads

ads header

Flash News

Menjelang PRK Rantau, penganalisis percaya momentum BN lebih menyerlah


PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya Barisan Nasional (BN) akan tampil dengan momentum dan rekod lebih menyerlah berbanding calon lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan datang.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan berkata, calon BN, Mohamad Hassan mempunyai kelebihan dan terkehadapan berbanding calon lain kerana beliau mendapat restu padu daripada ahli dan parti komponen.

“Ini termasuk juga sokongan daripada PAS,” katanya kepada FMT.

Katanya, keadaan ini berbeza dengan PH yang dilihat tidak selesa dengan calon mereka sendiri, Dr Streram Sinnasamy.
 
“Pencalonan beliau (Streram) menerima tentangan dalaman, terutama sekali daripada PKR kerana ada yang berpendapat, PH perlukan calon Melayu di situ,” katanya.

Beliau berkata, ini kerana PH berkemungkinan besar boleh meraih sokongan padu pengundi Cina dan India, tetapi mereka memerlukan faktor calon Melayu untuk menarik sokongan pengundi kumpulan itu.

“Perlu juga diingatkan Mohamad adalah anak tempatan Rantau dan juga bekas menteri besar negeri itu. Faktor itu sahaja boleh menarik sokongan pengundi bukan Melayu,” katanya.

Justeru kata Azmi, momentum positif akan lebih berpihak kepada calon BN, dengan ditambah oleh “aura” Mohamad yang tidak mempunyai liabiliti politik dan sukar ditandingi Streram.

Sebelum ini, Mohamad yang merupakan pemangku presiden Umno mengumumkan akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRK yang akan berlangsung pada 13 April ini.

Manakala, Streram yang juga timbalan ketua PKR Rembau, diumumkan sebagai calon PH.

Beliau merupakan calon PKR bagi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 9 Mei lepas dan bertanggungjawab memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya itu di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei tahun lalu.

Pada 16 September lalu, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi itu terbatal dan tidak sah.

Mohamad diumumkan menang selepas Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan disebabkan tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pada itu, penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff berkata, bukan sahaja aura yang dimiliki oleh Mohamad, tetapi jasanya kepada negeri itu boleh menjamin beliau mengekalkan kerusi tersebut.

“Bukan saja jasanya kepada orang Melayu tapi juga orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, PH mungkin berdepan dengan momentum yang lebih perlahan disebabkan konflik dalaman yang berlaku parti itu.

“Selain pertikaian dalaman, ada antara parti komponen PH yang tidak menyokong calon mereka sendiri, apatah lagi dalam PKR itu sendiri ada 2 kem yang berpecah. Bagaimana ini boleh membantu sangat calon PKR ini,” katanya.

Penamaan calon untuk PRK Rantau dijadual diadakan pada Sabtu ini.


MR :  PH sentiasa kencing 'raykat'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Faktor2 lain juga membantu populariti umno bn diabtaranya ;
    - janji2 ph yg mereka tidak tunaikan. Menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan dapph ialah alasan tidak boleh menunaikan janji kerana onar yg telah dilakukan oleh bn sebelum ini. Rakyat dah menyanpah dgn alasan2 jelik ini. Setelah 10 bulan mentadbir,,satu "onar" pun tak dapat diperbaiki, malahan onar semakin parah,,maka sebenarnya kerajaan tun m boneka cina dapph ini GAGAL, " kencing busuk hancing " saja yg pandai. Terkini, sudah sahih, 19 billion aset TH dicairkan dan dijual kpd SPV ( ini adalah syarikat wayang LGE mengaburi rakyat ), dan spv ini dikendalikan pulah satu syarikat lain yg ceo adalah orang kafir. Perkara ini sangat2 melukai perasaan org2 islam yg rata2 mereka pendeposit TH. Siapa yg tidak sedih, aset umat islam diurus oleh kafir harbi dap?
    - sokongan daripada pas. Terbukti, kerjasama pas dan umno sangat2 ditakuti cina2 malaysia. Mereka lah yg secara licik berusaha agar pas dan umno tidak bersatu sejak dari dahulu. Perkara ini menguntungkan mereka.
    - rakyat, khususnya org2 melayu atas pagar yg memangkah ph pada pru14 yg lalu sudah menyesal,,mereka tidak sabar2 lagi menanti pru15 untuk menendang ph keluar daripada putrajaya.

    BalasPadam