Header Ads

ads header

Flash News

Calon Bebas PRK DUN Rantau mencurigakan, ada motif jahat


Perbuatan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan, Mohd Nor Yassin yang mengaku ahli PAS, sedangkan dia adalah ahli Parti Amanah Negara (PAN), amat mencurigakan.

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Agyl Wan Hassan berkata, apa yang dilakukan Mohd Nor itu adalah suatu tindakan yang mempunyai motif jahat untuk memecahbelahkan kerjasama yang terjalin antara PAS dan UMNO.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan lagi apabila calon itu menafikan fakta yang dia adalah ahli PAN, walhal terdapat banyak bukti tersebar di media sosial yang menunjukkan dia adalah ahli parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu.

Perbuatan itu, katanya, jelas menunjukkan bahawa penipuan sudah menjadi begitu sinonim dengan PH.

“Kejadian ini juga membuktikan yang terdapat pergelutan kuasa dan konflik di dalam Pakatan Harapan atau sememangnya taktik PH ialah menipu bagi mengelirukan pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan Mohd Nor Yassin bukan lagi ahli PAS.

Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa, juga mengesahkan keahlian Mohd Nor dalam parti itu gugur secara automatik selepas bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK Rantau.

Justeru, Wan Agyl berkata, sudah sampai masa pengundi Rantau menunjukkan kuasa rakyat kepada PH dengan memberi amaran untuk memberi kepentingan kepada rakyat dan bukan mementingkan siapa yang patut memegang kuasa.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar sikap pemimpin PH yang mementingkan diri dan sentiasa tamakkan kuasa. Kami menjangka PAN akan memecat keanggotaan calon bebas tersebut selepas taktik jahat mereka terbongkar sebagai strategi ‘damage control’.

“Kita ucap tahniah kepada netizen kerana membongkarkan siapa sebenarnya calon bebas ini. Ternyata rakyat sudah bosan dengan mainan politik kotor PH dan rakyat telah menunjukkan keupayaan mereka membongkar sesuatu kejahatan,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan