Header Ads

ads header

Flash News

Prototaip kereta terbang yang belum boleh terbang


1. Prototaip kereta terbang yang diperkenal menteri PH di pameran LIMA menjadi bahan jenaka dan troll.

2. Pada awalnya diperkenal sebagai 'prototaip' namun ditukar menjadi 'model' setelah menerima kecaman netizen.

3. Tak pasti sama ada prototaip sebenar sudah mula dibina atau belum. Difahamkan pelaburan untuk membina prototaip lebih kurang RM1 juta.

4. Tak salah sebenarnya projek kereta terbang ni, malah sebenarnya bagus untuk perkembangan sains dan teknologi negara kita. Yang menjadi masalah adalah apabila projek ini diumum beria-beria oleh kerajaan tapi hasilnya tak semenggah. Kalau ia dibangunkan oleh syarikat atau perekacipta tempatan tanpa campur tangan kerajaan, sekurang-kurang kalau hasil tak memuaskan kerajaan tak dibahan.

5. Kalau nak diperkenal pada umum, sekurang-kurangnya prototaip yang cukup sifat dan fungsi sudah dibangunkan, biarlah cuma ada rangka sahaja pun, janji boleh terbang, atau sekurang-kurangnya terapung.

6. Pada pandangan aku, prototaip kereta by hook or by crook itu perlu dihasilkan pada tahun ini juga bagi menutup malu.

7. Konsep kereta terbang yang diperkenalkan itu yang menggunakan 4 kipas sama konsepnya macam hoverbike yang pernah dicipta oleh seorang perekacipta luar negara, cuma bezanya ia guna 2 kipas. Boleh cari di Youtube 'Colinfurze Homemade Hoverbike'.

 

8. Inilah masalah tipikal kat Malaysia, orang kita belum apa-apa dah sembang dulu macam-macam walaupun hasilnya tiada lagi. Orang negara maju mereka cipta dulu baru sembang. Let your work do the talking.

9. Malah kalau tengok kat negara luar, mereka ramai perekacipta amatur yang suka dan minat cipta macam-macam teknologi dengan duit sendiri tanpa mengharap sangat bantuan dari kerajan. Tengok je rancangan kat Discovery Channel atau kat Youtube macam-macam diorang buat, kereta, motor, mesin, robot, semuanya buatan sendiri.

10. Kat Malaysia tak ramai orang yang nak merekacipta benda-benda baru. Mungkin sebab kurang minat, atau susah nak buat, atau tiada duit, atau banyak peraturan yang ketat, atau minat tu lebih ke arah hiburan.

11. Satu-satunya perekacipta tempatan yang paling terkenal pun sejak tahun 80-an lagi cuma Zulkifli Othman atau Zull Design. Macam-macam dia dah cipta terutama mesin untuk kegunaan industri kecil dan sederhana, tapi entah kenapa namanya macam sunyi sepi tak dipedulikan pun.

12. 5 atau 6 tahun lepas beliau pernah cuba bina protaip jetpack, sekarang tak tahu apa dah jadi dengan projek tu. Mungkin dah diberhentikan kerana kekurangan dana atau tiada keutamaan, tapi sekurang-kurangnya ada lah juga prototaip yang berfungsi walau tak 100%. Boleh cari di Youtube 'Zull Design Baju Terbang'.



13. Aku rasa kalau bagi dana R&D kat team Zull Design ni, mesti mereka boleh buat dan siapkan prototaip kereta terbang, yang betul-betul boleh terbang.

14. Jadi di mana silapnya? Silapnya kerana negara kita bukan negara pencipta tetapi negara pengguna. Teknologi di negara kita memang canggih dan terkini, itu pun sebab kita guna dan beli teknologi luar yang dah sedia ada. Nak bangunkan teknologi sendiri memang payahlah.

15. Nak ubah negara kita dari negara pengguna ke negara pencipta bukan mudah, kena lahirkan lebih ramai orang yang minat pada perekaciptaan, dan kerajaan kena bagi sokongan dan galakan kepada rakyatnya untuk merekacipta sesuatu yang baru.

16. Dan yang paling penting, belum apa-apa jangan kuat sembang. Buat dulu, bila dah siap barulah war-warkan pada orang ramai. Don't talk, just act. Don't say, just show. Don't promise, just prove.

http://buasirotak.blogspot.com


MR :  Saya setuju bagi aje duit RM5 juta kepada Zul Design


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan