Header Ads

ads header

Flash News

Catatan Parlimen: DAP Tunjang Utama Kerajaan PH


1. Beruntungnya NGO Sisters in Islam (SIS) kerana ia mendapat naungan dan sokongan padu Kerajaan PH pada era Malaysia Baru ini.

Walaupun NGO ini sudah pun difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor pada 31 Oktober 2014, tetapi ia boleh pula diiktiraf oleh Kerajaan PH yang menyalurkan dana sumbangan sebanyak RM 20 ribu.

2. Pada petang tadi, ketika sesi penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Timbalan Menteri Hannah Yeoh mempertahankan pendiriannya yang memberikan sumbangan kepada NGO SIS.

Katanya NGO SIS ini berjasa besar membela hak wanita yang teraniaya di seluruh negara.
Adapun berkaitan dakwaan NGO ini sesat, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Menteri Agama untuk menjawabnya.

3. Persoalan berikut amat wajar kita tujukan kepada Kerajaan PH;

a) Adakah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Timbalan Menteri daripada DAP ini.?

Adakah Penasihat Agama kepada TPM tidak memberikan nasihat dan teguran berkaitan isu ini.?

b) Adakah kita masih boleh menaruh harapan kepada Menteri Agama untuk menyatakan pendirian yang tegas berkenaan NGO SIS yang telah difatwakan sesat kerana membawa ideologi liberalisme dan pluralisme agama.?

Adakah atas slogan Islam Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah yang dicanang oleh Kerajaan PH maka NGO SIS ini dibenarkan bebas menyebarkan fahaman yang mengelirukan dan memesongkan akidah ummat Islam.?

4. Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri DAP petang tadi telah membuatkan Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, YB Ustazah Siti Zailah bangkit berdiri dengan lantang menegur Kerajaan PH yang membiarkan sahaja NGO yang menyalahgunakan nama Islam tetapi membawa fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Hannah Yeoh yang panas telinga mendengar teguran YB PAS itu tetap mempertahankan pendiriannya.

Sempat juga dia menuduh adanya parti yang menyalahgunakan agama dengan menghalalkan penipuan dan rasuah.

Pendirian Timbalan Menteri DAP ini turut disokong pula oleh Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya, Maria Chin dan juga Ahli Parlimen DAP Jelutong.

5. Hebat bukan Islam pada era Malaysia Baru ini.? Apabila PAS bersuara dituduh rasis, ekstremis, Taliban sedangkan PH dengan sewenang-wenangnya membiarkan bahkan menyokong fahaman sesat seperti liberalisme ini menular dalam masyarakat.

Apa fungsi sekalian Menteri dan Ahli Parlimen PAN yang mendakwa mereka merupakan parti Islam progresif yang lebih baik dan mampu menggantikan PAS.?

6. Suka atau tidak, rakyat khususnya ummat Islam boleh menilai sendiri setelah hampir 1 tahun PH berkuasa ini, adakah kedudukan Islam kian dimartabat atau diperlekeh.?

Kumpulan yang sudah difatwakan sesat, boleh pula ditatang bagai minyak yang penuh oleh Kerajaan PH.

Menteri yang menjaga Agama hanya mampu menjadi seperti badut sahaja di dalam Dewan Rakyat.
Tidak mampu menjawab soalan mudah lalu dipersalahkan orang lain.

7. Adakah mereka masih mahu menafikan hakikat bahawa DAP kian berkuasa dan menunjukkan taringnya yang sebenar.

Cuba anda saksikan sendiri bagaimana suasana Parlimen ketika Nga Kor Ming DAP berada di kerusi Speaker.?

Terang lagi bersuluh, dia bersikap tidak adil dan begitu bias kepada Kerajaan PH.

Dia hanya pandai menekan butang "off" mikrofon Ahli parlimen Pembangkang daripada terus berfungsi sambil membiarkan sahaja Jelutong terkinja-kinja seperti di Zoo Negara.

Dia boleh membenarkan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri DAP yang juga Ahli Parlimen Tanjong menggunakan perkataan "bodoh" di dalam Dewan sambil diulangi pula oleh bos besarnya, Lim Guan Eng.

Ketika mana suasana Dewan Rakyat kecoh, cuba saksikan siapakah yang menjadi hero pembela PH.? Tidak lain dan tidak bukan mereka terdiri daripada Ahli Parlimen DAP seperti Jelutong, Rasah, Batu Kawan, Kota Melaka, Kluang, Kampar, Bandar Kuching dan ramai lagi.

Pedih tetapi inilah hakikat yang kita perlu terima dan hadapi sebelum tiba PRU 15 nanti.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal parlimen PAS







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan