Header Ads

ads header

Flash News

Langkah Menamatkan Khidmat Tun Makin Galak


Selepas Nurul Izzah dengan drama "patah hati"nya dan gelaran bekas diktator buat PM Tun Dr Mahathir, hari ini giliran DAP pula.

Dalam MalayMail dilaporkan AJK DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengkritik Dasar Pandang ke Timur Tun dan mencabar Tun berdebat dengannya berkenaan dasar itu.

Beliau mendakwa melalui dasar berkenaan Tun sekadar membawa masuk acara-acara mewah taraf dunia seperti perlumbaan F1 dan LIMA tetapi tiada usaha memaju sistem dan institusi pendidikan dalam negara.

Acara-acara yang merupakan bahan permainan Tun itu dakwa Dr Boo lagi hanya akan memunahkan negara dan bukan menyelamatkannya.

Nampaknya bertalu-talu serangan dilancarkan dari dalam PH terhadap kepimpinan Tun. Gambaran mahu diberikan seolah Tun sudah tidak layak sebagai PM. Tun kini bukan aset tetapi liabiliti buat PH.

Barangkali ini memberi petanda akan ada langkah menamatkan khidmat Tun dan menaikkan "bakal PM" yang sudah lama menunggu dan tidak sabar-sabar mahu naik itu.

Selepas Nurul, Dr Boo, siapa lagi?

Akan bertahankah Tun sebagai PM?

ROSLAN SMS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan