Header Ads

ads header

Flash News

Dari penyokong tegar PH, Zaid kini pengkritik lantang


Menjelang pilihan raya umum tahun lalu, Zaid Ibrahim gigih berkempen untuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH).

Sepuluh bulan selepas gabungan itu berjaya menumbangkan BN dari tampuk kuasa, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, cukup tidak berpuas hati dengan perkembangan negara dan ini jelas kelihatan seperti ciapannya di Twitter.

Dalam ciapan terbarunya, Zaid menyoal mengapa PH tidak melakukan pembaharuan parlimen, sedangkan ia tidak melibatkan kekangan kaum atau agama.

"Pembaharuan parlimen adalah yang paling mudah dilakukan, tidak ada agenda Melayu / Islam yang perlu dibimbangkan, tidak ada ketuanan Melayu yang perlu dikhuatiri.

"Bila Peraturan Dewan akan disemak semula dan dikemas kini,. Ini penting bagi Parlimen kelas dunia pertama," kata bekas ahli parlimen Umno itu.

Sebelum ini, Zaid menyesali kerana dirinya tetap menganggur walaupun menyokong PH selama ini.

Menurutnya, hidup adalah sukar bagi mereka yang tidak mengenali rapat Daim Zainuddin, iaitu orang kanan dan kepercayaan Dr Mahathir.



Dalam menyatakan kekecewaannya, Zaid berkata betapa beliau iri hati dengan pengerusi KTMB, Rameli Musa, yang didakwa membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi pihak presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyelesaikan saman fitnah di mahkamah.

"Saya iri hati dengan Rameli. Bukan sahaja dia seorang ahli perniagaan yang kaya tetapi penyokong tegar PAS. Namun beliau adalah pengerusi KTMB," katanya.

Dalam ciapannya pada 15 Mac lalu, Zaid membidas rancangan Dr Mahathir untuk projek kereta kebangsaan ketiga.

"Dr M berkata bahawa kita memerlukan projek kereta ketiga supaya dapat mempelajari lebih lanjut mengenai teknologi.

"Sedarkah dia, khutbah Jumaat mengaitkan cuaca panas sekarang dengan sokongan kepada LBGT. Bolehkah PM terlebih dahulu mendidik rakyat dan mempelajari teknik kereta kemudian?” tulisnya.



MR :  Zaid dan PH sama-sama tak betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan