Header Ads

ads header

Flash News

Diterjang Rakyat Setelah 9 Bulan


Umno atas tiket Barisan Nasional menyertai Pilihanraya Kecil DUN Semenyih dengan
bantuan PAS dalam keadaan “underdog”.

Kerusi DUN ini dimenangi oleh Pakatan Harapan dalam PRU lalu dan PH pula merupakan kerajaan Negeri di Selangor.

Dalam keadaan serba kekurangan itu Umno dan PAS menjalin kerjasama bagi menumpaskan PH yang memang dijangka akan memobilisasikan kekuatan pada tahap
maksima menghadapi lawannya memandangkan ia baru sahaja kecundang dalam PRK Parlimen Cameron Highlands.

Tambahan pula PH diwakili PPBM iaitu parti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Rekod memerintah kerajaan Persekutuan sejak bulan Mei 2018 rupanya tidak banyak
menggahkan atau membantu PH dalam PRK ini. Walau mereka berupaya menumbangkan
BN dan menguasai kedua negara dan negeri dalam P{RU lalu namun mereka gagal
mencatatkan pencapaian yang boleh dibanggakan selain menyerang dan memburukkan kerajaan BN terdahulu dan paling ketara mengkambing hitamkan bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih melalui proses perbicaraan atas pelbagai tuduhan.

Ternyata pengundi di Semenyih bukannya mahu menonton drama, tayangan ulangan
kepincangan 1MDB dan kononnya “jenayah” Najib yang masih belum terbutkti di
mahkamah.

Mereka tidak laparkan semua itu.

Apa yang mereka marahkan adalah janji palsu
dan penipuan PH terhadap mereka dalam
PRU lalu. Manifesto PH yang digunakan untuk mengula-gulakan mereka bagi
memenangkan PH kini sungguh dikesali rakyat. Rakyat mengharapkan pelunasan janji-janji terutama yang melibatkan kehidupan langsung mereka. Kos hidup masih tinggi, gaji dan pendapatan tidak berubah, mereka tertipu menyangkakan segalanya akan berubah apabila memenangkan PH PRU lalu.

Dan peluang PRK ini buat pengundi Semenyih bukannya untuk mendengar alunan janji-janji
baru, tetapi lebih merupakan peluang buat mereka untuk menghukum PH yang telah
memungkiri janji. Malanglah buat PH apabila menyangka rakyat khasnya di Semenyih masih taksub dan percaya pada mereka.

Selain itu isu nasib dan masa depan agama dan bangsa turut menjadi perhatian pengundi
dalam PRK ini. PH mungkin memandang seolah isu ini lebih merupakan ciptaan PAS dan Umno dan tidak banyak mampu memberikan kesan kepada para pengundi. Terbukti sekali lagi mereka tersilap.

Orang Melayu hakikatnya memang penyantun dan berbudi bahasa. Akan tetapi apabila isu
penting seperti kedudukan agama Islam dan masa depan dan kebajikan bangsa serta
budaya mereka tergugat, mereka akan pantas bangkit dan bersuara demi memperbetulkan keadaan.

Kedudukan Islam dan bangsa Melayu dilihat oleh ramai sebagai berada ditahap yang
terancam di bawah pemerintahan PH. PH mungkin cuba menafikannya tetapi penafian
mereka tidak mampu mengubati keraguan dan kebimbangan rakyat yang merasakan status quo Islam dan Melayu seakan tergugat di bawah PH. Ini ditambah pula dengan dominasi anggota dan wakil Parlimen bukan Melayu Islam terutamanya DAP dalam kerajaan Persekutuan berbanding diwaktu BN dahulu.

Lantas Semenyih menjadi “platform” buat orang-orang Melayu khususnya untuk bersuara.

Kerjasama PAS dan Umno yang terjalin di dalam PRK ini ternyata disenangi dan diyakini
oleh mereka. PAS dan Umno yang berseteru lebih 60 tahun dilihat melonjakkan diri mereka
ke hadapan untuk membela dan mempertahankan kepentingan umat Melayu Islam, jauh lebih meyakinkan dari PH yang dilihat dibayangi DAP yang sekular dan rasis itu.

Kesungguhan PAS dan Umno megenepikan perbezaan mereka dan mengutamakan
kepentingan rakyat atas nama kesatuan ummah dialu-alukan dan mendapat sokongan
penuh di Semenyih.

PH terus menafikan hakikat ini dan mereka turun berkempen di Semenyih dengan serba
angkuh dan bongkak, memfitnah dan memburukkan PAS dan Umno serta kepimpinan mereka selain terus melancarkan serangan terhadap Dato Seri Najib sehingga keperingkat “overkill”.

Beberapa tokoh PH terutama Dato Seri Anwar dan lain-lain memilih PRK Semenyih sebagai
gelanggang untuk mencaci hina PAS dan Presiden PAS sampai keperingkat menambah api kemarahan para pengundi sedangkan yang bertanding di Semenyih bukannya PAS.

Akibatnya kita sama-sama lihat parti yang baru memerintah 9 bulan ini dimalu dan diterajang keluar oleh rakyat setelah di Cameron Highlands berturut-turut kini di Semenyih pula.

Semenyih bukan sekadar kejayaan buat rakyat tetapi ia sesungguhnya menjadi pencetus
kebangkitan rakyat khasnya umat Melayu Islam yang kini sedar bahawa kiranya mereka
bersatu hati dan suara mereka mampu meroboh dan meranapkan apa sahaja rintangan dan halangan di hadapan.

Semenyih setelah Cameron Highlands menginsafkan orang-orang Melayu bahawa kiranya mereka bersatu mereka merupakan satu kuasa politik yang besar yang mampu
mempengaruhi nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara.

Kuasa politik ini perlu digunakan dengan cermat dan bijaksana. Kerana itu PAS dan Umno perlu terus meyakinkan rakyat bahawa mereka punya iltizam dan kemampuan untuk
membawa sesuatu yang lebih bermakna dan meyakinkan buat rakyat khasnya umat Melayu Islam.

Jangan persiakan kepercayaan ini.

Pemimpin PAS dan Umno perlu menyahut penerimaan rakyat terhadap mereka ini dengan mengemukakan sau pelan gagasan yang besar yang bakal menggamit seluruh undi Melayu Islam khasnya ke arah mereka demi merobah suasana politik yang ada, menumbangkan PH dan mengembalikan kuasa kepada yang selayaknya yakni di bawah dominasi PAS dan Umno.
ROSLAN SMS





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan