Header Ads

ads header

Flash News

Menunggu Titah Raja-Raja Melayu ( 2 )

Bagaimana agaknya kesudahan fenomena penghinaan terhadap agama Islam? Harbi kelihatan semakin galak dan gatal menyentuh sensitivitI ummah. Al-Quran dipijak dan dijadikan design pada pakaian. Kalimah Allah dijadikan alas kaki. Tubuh badan Nabi s.a.w dikarikaturkan dengan penghinaan. Rentetannya, apakah nanti, tercatat syahid pertama demi mempertahankan kesucian Islam?

Report polis telah dibuat. Demonstrasi aman telah mengumpulkan ratusan ribu rakyat di seluruh negara. Bantahan demi bantahan secara bersopan mahupun bersuara lantang telah dikumandangkan. Malah amaran had kesabaran pun telah diviralkan. Namun, harbi terus-menerus melukai ummah ini. Berdarah di hati menunggu hari tumpah ke bumi.

Sehinga kini sejauh manakah kerajaan PH bertindak? Memadaikah nanti sekiranya hukuman yang dikenakan sekadar ribuan ringgit dan penjara dalam tempoh yang singkat?  Cukupkah itu menjadi penghalang dan pengajaran? Sedangkan di Thailand, menghina raja pun 20 tahun merengkuk di penjara. Manakala mengikut hukum agama, hadis riwayat Abu Daud ini jawapannya.

 “Dari Ali r.a. bahawa salah seorang wanita yahudi  menghina Nabi s.a.w. Kemudian ada salah seorang yang mencekik wanita itu sampai mati, dan Nabi s.a.w. tidak menuntut darahnya (ertinya tidak diqishah).”

Negara pastinya tidak mahu rakyat mengambil tindakan sendiri  - menculik dan  memukul setengah mati. Sepatutnya, undang-undang syariahlah diangkat dalam sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam. Inilah benteng terbaik untuk memastikan Islam dan institusinya bebas daripada celaan dan hinaan.

Dalam negara kita yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan, Raja sebagai ketua agama negeri dan persekutuan, sewajarnya berperanan dalam menyelesaikan kemelut ini. Bukankah suara ummah sudah menerobos dinding istana.

Harapnya, cukup-cukuplah tenggelam dalam kemewahan dunia. Hamba rakyat tidak betah selagi Raja hanya berlagak simbol semata-mata. Kali ini, biarlah berputih tulang. Tidak akan berputih mata. Tombak pahlawan memagari Rajanya. Jika Raja, menjaga Islamnya.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS
#MAMPUCentre

BayangDiAir,
7/3/2019







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan