Header Ads

ads header

Flash News

Tiga kakitangan Invoke (Rafizi), bekas pekerja ditahan miliki ganja


Dua pekerja dan seorang lagi bekas kakitangan firma penyelidikan data, Invoke Malaysia ditahan malam tadi di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Sentul kerana memiliki 75g ganja.

Ketua Polis Sentul S Shanmugamoorthy Chinniah ketika mengesahkan penahanan itu berkata, tiga suspek berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 pagi selepas menerima arahan.

"Ketiga-tiga saspek kini ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sentul dan dibenarkan reman selama enam hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun dan dikenakan sebatan," katanya dalam satu kenyataan.

Shanmugamoorthy berkata dua suspek itu bekerja sebagai pereka grafik dan eksekutif pemasaran di Invoke, sementara suspek ketiga adalah bekas rakan sekerja mereka.

Firma itu dikendalikan oleh naib presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi dalam satu kenyataan berkata beliau menyerahkan kepada peguam Invoke untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada polis, sambil menambah majikan tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti dilakukan pekerja mereka di luar waktu pejabat.

"Sebarang urusan yang berlaku di luar waktu pejabat adalah urusan peribadi kakitangan.

"Jika berlaku sebarang pelanggaran disiplin yang bertentangan dengan tatacara perkhidmatan semasa waktu bekerja atau di luar waktu kerja, pelanggaran itu akan melalui proses disiplin di tempat kerja mengikut undang-undang buruh dan dasar syarikat.

"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menguruskan siasatan kes ini dan tindakan lanjut seperti kes-kes lain," katanya.


MR :  Rupanya baru terbocor kenapa kajian Invoke macam khayalan aje!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan