Header Ads

ads header

Flash News

Hukuman penjara 10 tahun ke atas penghina Nabi tidak adil – Peguam PKR


Peguam Latheefa Koya menggesa dilakukan semakan semula terhadap hukuman penjara 10 tahun yang disabitkan terhadap pemilik akaun media sosial hari ini kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata hukuman itu yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak hari ini ‘tidak seimbang dengan kesalahan’ dan boleh ditanggapi sebagai melanggar kedaulatan undang-undang.

“Terkejut dan tidak pernah terjadi mahkamah menjatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara terhadap kesalahan sebegini.

“Dia (yang disabitkan pertuduhan itu) telah mengaku bersalah, (suatu hal) yang perlu diambil kita. Sepuluh tahun berturut-turut tidak seimbang dan perlu disemak semula.

“Ini melanggar kedaulatan undang-undang,” kata pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu pada ciapan di Twitter hari ini.

Latheefa mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun hari ini yang memaklumkan mengenai sabitan hukuman berkenaan.

Fuzi berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Pemilik akaun Facebook Ayea Yea dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

“Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MR :  PKR ni bukan pembelas Islam... Lihat Anwar tu sudah memadai kita tahu dimana Islam dalam PKR


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Kalau gunakan akal macam tak munasabah kalau pancung lagi tak munasabah . Jadi hukuman yang macam mana yang munasabah puan lawyer ? Rasanya hukuman tanam hingga keparas leher selama seminggu mungkin cukup bagi kesedaran umum .

    BalasPadam
  2. Abim sokong pkr,

    Pakat tanggung yer sorang sikit

    BalasPadam
  3. Parti liberal pimpinan kepala bapak liberal adalah parti munafik yang bersekongkol dengan parti kafir harbi menindas agama Islam dan umat Islam.

    Maka kita tidak terkejut melihat mereka bersimpati dengan orang yang menghina Rasulullah S.A.W. sedangkan kesalahan tersebut sangat serius yang boleh menyebabkan rusuhan kaum.

    BalasPadam