Header Ads

ads header

Flash News

PAS belum pasti kerajaan campuran, kata Idris Ahmad


KUALA LUMPUR: PAS masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan dengan cadangan Umno untuk membentuk kerajaan campuran di 4 negeri yang ditadbir mereka.

Naib Presiden, Idris Ahmad berkata, selaku pengerusi bersama dalam jawatankuasa kerja Umno-PAS, beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat perbincangan mendalam mengenai perkara tersebut.

“Itu saya tak pasti, pasal kerajaan campuran ini benda besar jadi PAS belum boleh buat kenyataan. Kita kena bincang dalam mesyuarat terlebih dahulu, baru boleh buat keputusan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Khaled Nordin ketika dihubungi enggan mengulas buat masa ini.

Terdahulu, kedua-dua parti dilaporkan dalam perbincangan untuk membentuk kerajaan campuran di 4 negeri yang ditadbir mereka.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, cadangan “kerajaan penyatuan ummah” di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa khas Umno-PAS baru-baru ini.

Kerjasama itu juga bakal menyaksikan Umno dan PAS menggempur kerajaan Pakatan Harapan di Perak dan Kedah, yang mempunyai perbezaan kerusi DUN yang kecil.

“Kita akan ‘goncangkan’ negeri-negeri itu agar mereka tidak senang duduk,” katanya dalam satu perjumpaan dengan pimpinan Umno Melaka, hari ini.
MR :  Kenyataan Idris Ahmad memang tepat, perbincangan perlu diluaskan lagi kerana ramai lagi pimpinan UMNO masih celaru dengan kerjasama ini... Lihat Nazri sudahlah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Umno ikut Pas, bukan Pas ikut umno
    Yang sudah tercalar ikut yg bersih dan sudah terbukti ada integriti

    BalasPadam
  2. Rasanya kefahaman tentang kerajaan perpaduan ni kena dihalusi dulu kerana asasnya ialah kerajaan tanpa pembangkang.

    BalasPadam