Header Ads

ads header

Flash News

Jahanam negara kalau spesies pelik jadi pemimpin


Kenapa Guan Eng perlu panas baran bila PAS-UMNO kerjasama?
Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara PAS-UMNO sebagai ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu, adalah pemikiran jahat yang cuba ditanam kepada mereka.

Menyoal tindakan pemimpin parti tamak haloba itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, kenapa Lim Guan Eng perlu panas baran apabila melihat orang Islam bersatu sehingga membuat tuduhan berkenaan apabila PAS dan UMNO umum bekerjasama.

“Lim Guan Eng ini spesies yang pelik. Semakin hari semakin terserlah warna isi hati beliau dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Kita harap tidak ada orang Cina lain yang pemikiran seperti ini. Saya yakin ramai orang Cina di Malaysia yang ada tamadun dan faham sejarah pembinaan negara.

“Agama mana yang suka orang berpecah? Bangsa mana yang suka hidup berpecah?”

“Jahanam negara kalau manusia seperti ini memimpin negara. Keharmonian yang dibina selama ini akan bergelora dan bergoncang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, sebuah portal media tempatan memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun, setelah menerima pelbagai kecaman, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.

https://www.ismaweb.net/…/jahanam-negara-kalau-spesies-pel…/



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan